Selepas 4 Dekad, ACPL Terus Terajui Pembinaan Rangkaian Kabel Dasar Laut Asia Pasifik

by Oh! Semput


8
SHARES
98
VIEWS
Posted on 26 May 2026 07:30:19

ASEAN Cableship Pte Ltd (ACPL) yang berpusat di Singapura meraikan ulang tahun ke-40 dengan turut melancarkan logo baharu yang melambangkan evolusi syarikat itu serta komitmen terhadap inovasi dan kelestarian.

ACPL kini mengoperasikan tiga kapal kabel dan sebuah baj, termasuk kapal ASEAN Restorer, Explorer, Protector serta kapal terbaharu ASEAN Challenger yang dilancarkan pada 2024 lalu bagi memperkukuh keupayaan syarikat memenuhi permintaan global terhadap infrastruktur kabel dasar laut yang semakin meningkat, didorong oleh pengembangan berterusan trafik data global, perkhidmatan awan dan ketersambungan digital.

ASEAN Cableship Pte Ltd (ACPL) telah ditubuhkan oleh 6 konsortium telekomunikasi terkemuka dari seluruh Asia Tenggara pada 1986 yang terus menjadi peneraju dalam pemasangan dan pembaikan kabel dasar laut di Asia Pasifik sehingga ke hari ini.

Perkhidmatan utama yang ditawarkan ACPL termasuklah pemasangan kabel dasar laut, penyelenggaraan dan pembaikan serta perundingan kejuruteraan.

{suggest}

Selepas 4 Dekad, ACPL Terus Terajui Pembinaan Rangkaian Kabel Dasar Laut Asia Pasifik WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts