Selamat Tinggal PSN? Sony Dilaporkan Bakal Tukar Penjenamaan PlayStation Network

by Oh! Semput


6
SHARES
72
VIEWS
Posted on 26 Mar 2026 04:00:18

Era “PSN” mungkin akan berakhir tidak lama lagi. Menurut laporan daripada Insider Gaming, Sony Interactive Entertainment (SIE) kini dalam perancangan untuk menghentikan penggunaan penjenamaan PlayStation Network (PSN) secara berperingkat menjelang September 2026.

Langkah ini dilaporkan sebagai usaha Sony untuk menyatukan ekosistem digital mereka di bawah satu nama yang lebih ringkas iaitu “PlayStation”.

Walaupun jenama PSN sudah sebati dengan pemain sejak era PlayStation 3, Sony kini mahu identiti mereka lebih selaras dengan perkembangan platform PC, peranti mudah alih, dan perkhidmatan awan.

Pemain bagaimanapun tidak perlu risau kerana perubahan ini dikhabarkan hanya melibatkan aspek penjenamaan dan visual sahaja.

Segala fungsi sedia ada seperti senarai rakan, trofi, langganan PlayStation Plus, dan pembelian digital tidak akan terjejas. Sony mahu penyatuan jenama ini memberikan pengalaman yang lebih lancar apabila pemain log masuk ke akaun PlayStation mereka di pelbagai peranti.

Setakat ini, Sony masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi, namun beberapa perubahan kecil sudah mula kelihatan pada antara muka PS5.

{suggest}

Selamat Tinggal PSN? Sony Dilaporkan Bakal Tukar Penjenamaan PlayStation Network WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts