by Oh! Semput
Setiap kali tibanya Ramadan, nama Khairul Aming pasti menjadi sebutan ramai apabila video resepi berbuka dan sahurnya trending di media sosial.
Namun, dunia digital hari ini sebenarnya dipenuhi dengan ramai lagi influencer masakan yang tidak kurang hebatnya dalam berkongsi resepi Ramadan mudah, cepat dan mesra bajet.

Che Sayang Kitchen dikenali sebagai jenama makanan tempatan yang menampilkan resepi tradisional Melayu dengan sentuhan moden. Kebanyakan masakan adalah resepi mudah dengan ramuan yang boleh didapati di pasaraya, pes segera atau makanan sejuk beku yang memudahkan penyediaan hidangan harian hanya dalam 2 minit 1 resepi.

Arianna Natasha terkenal di media sosial kerana suka berkongsi pelbagai idea masakan dan juga menjual produk makanan seperti cookies. Memulakan minat memasaknya sejak di usia awal remaja, Arianna berkongsi resepi mudah dan menarik di Instagram serta membina komuniti peminat yang mengikuti tutorialnya di TikTok

Tagline popularnya ‘Bismillah’ dan mempunyai lebih 1 juta pengikut di Instagram, Hamdan sering berkongsi idea resepi menarik, terutama semasa musim Ramadan melalui siri video seperti “Ramadan Bersama Hamdan”. Gaya masakan beliau lebih kepada gabungan citarasa tempatan dan antarabangsa (contohnya seperti cheesy murtabak ramen).

Bermula sebagai YouTuber pada tahun 2018, Hisham kemudian aktif menghasilkan video di TikTok dan Instagram di bawah nama @hishamraus / @hishamraustv. Kandungan beliau merangkumi tutorial memasak, resepi ringkas, food review dan video makanan menarik, disukai oleh ramai peminat makanan tempatan dan antarabangsa.

Sofiaa Marieylla, juga dikenali sebagai “Mummy Jerung” atau “Mummy Jerung Merah”, ialah seorang personaliti media sosial dan penyanyi dari Malaysia yang menjadi terkenal melalui video viral di platform seperti TikTok dan Instagram. Kini, Sofiaa menggunakan platform digitalnya dengan berkongsi menu masakan kampung dengan suasana kampung hijauan .

Akaun ini diurus oleh Faezah Binti Sufian, seorang content creator dari Johor Bahru, Malaysia, yang mempunyai lebih 1 juta pengikut di Instagram. Nama AdikFoods datang dari panggilan “Adik” dalam keluarga beliau, dan beliau menggunakan nama ini sebagai jenama resepi. Kandungan beliau sangat menarik dan relevan untuk sesiapa yang suka memasak di rumah, terutama masakan Melayu tradisional serta beberapa fusion moden.

Mama Cah Kitchen ialah sebuah jenama masakan dan perniagaan makanan homemade dari Kuantan, Pahang, Malaysia yang diasaskan oleh seorang usahawan wanita bernama Haniesah (“Mama Cah”). Beliau memulakan perniagaan serta berkongsi resepi masakan dan video memasak di TikTok, sebelum berkembang ke TikTok Shop dengan jualan produk makanan sendiri seperti bak chang yang sangat laku terjual.
Baca: Selain Rembayung, Ini 5 Restoran Masakan Melayu T20
Selain Khairul Aming, Ini 7 Influencer Masakan Dengan Resipi Ramadan Mudah EH!.