Sekretariat Mahasiswa Anak Pahang Pandang Serius Pelajar UMPSA Cemar Kesucian, Keluar Kenyataan Sentuh Sensitiviti Umat Islam

by Oh! Semput


7
SHARES
89
VIEWS
Posted on 26 Feb 2026 03:02:04


KUANTAN: Sekretariat Mahasiswa Anak Pahang memandang serius isu tular yang melibatkan seorang pelajar Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) berhubung dakwaan perbuatan menghina agama Islam, termasuk tindakan yang didakwa mencemarkan kesucian al-Quran serta kenyataan yang menyentuh sensitiviti umat Islam.

Pengarah, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin berkata sebagai sebuah organisasi yang mewakili suara mahasiswa di negeri Pahang, kami ingin menegaskan bahawa sebarang bentuk penghinaan terhadap agama, kaum dan institusi adalah satu tindakan yang tidak boleh diterima sama sekali.

"Malaysia merupakan sebuah negara yang berteraskan prinsip Rukun Negara dan menjunjung tinggi Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan.

"Mahasiswa seharusnya menjadi contoh kepada masyarakat dalam memelihara adab, akhlak serta nilai hormat-menghormati antara satu sama lain. Kebebasan bersuara bukanlah lesen untuk menghina atau mencetuskan provokasi yang boleh menggugat keharmonian masyarakat," katanya.

Menurut beliau lagi, mereka menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan secara adil dan telus mengikut lunas undang-undang. Dalam masa yang sama, kami menggesa semua pihak agar tidak mengambil tindakan melulu, menyebarkan spekulasi atau memainkan sentimen yang boleh mengeruhkan keadaan.

"Sekretariat Mahasiswa Negeri Pahang komited untuk terus memperkukuh kesedaran dalam kalangan mahasiswa mengenai tanggungjawab sosial, etika penggunaan media sosial serta kepentingan menjaga keharmonian antara agama dan kaum.

"Semoga isu ini menjadi pengajaran kepada semua agar lebih berhati-hati dalam setiap tindakan dan perkongsian, khususnya di platform digital," tambah Shahaniza. #PahangDaily


http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts