Lima Sekeluarga Ditemui Maut Di Sebuah Rumah Di Lorong Cherating Damai Kuantan Pagi Ini Dipercayai dibunuh

by Oh! Semput


8
SHARES
103
VIEWS
Posted on 17 Feb 2026 06:31:57


KUANTAN: Lima sekeluarga ditemukan maut dipercayai akibat dibunuh di sebuah rumah di Lorong Cherating Damai, Kuantan pagi ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Ashari Abu Samah mengesahkan kejadian yang dipercayai berlaku pada 7 pagi tadi.

Tinjauan Bernama di lokasi kejadian mendapati pasukan forensik sedang menjalankan siasatan dan setakat 10.10 pagi, mayat kesemua mangsa belum dibawa keluar dari rumah terbabit.

Orang ramai termasuk ahli keluarga juga dilihat berkumpul di lokasi kejadian dengan pihak polis memasang garisan dilarang melintas di lokasi kejadian.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman yang turut berada di lokasi dijangka mengadakan sidang media untuk berkongsi maklumat lanjut. #MalaysiaGazette

http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts