Sejak Hamil Stacy Selalu Marah Tanpa Sebab – Akim

by Oh! Semput


6
SHARES
76
VIEWS
Posted on 14 Dec 2016 04:01:09

SEJAK hamil anak sulung, penyanyi terkenal Akim Ahmad memberitahu, isterinya, Stacy mengalami perubahan sikap apabila selalu marah tanpa sebab tertentu.

Menurut Akim; 25, Stacy adakalanya boleh menjadi emosi tanpa sebab sebaik sahaja bangun dari tidur hingga menyebabkan dia menjadi tempat Stacy melepaskan kemarahan.

Pun begitu, penyanyi lagu Mewangi ini memahami perubahan sikap isterinya itu selain menjadikannya individu yang lebih bersabar.

“Sebenarnya situasi ini membolehkan saya belajar untuk bersabar dan mengawal keadaan. Saya faham dia bersikap sedemikian kerana mengandung,” katanya dipetik Harian Metro.

Selain itu, Akim memberitahu, isterinya kini mula menggemari masakan Melayu selain sentiasa mengidam makanan tradisi Sabah.

“Sebelum ini, Stacy jarang makan hidangan Melayu dan selalunya dia akan menyediakan masakan kampung sendiri,” katanya.

Meskipun kandungan Stacy sudah mencecah tujuh bulan, pasangan ini masih belum mengetahui jantina anak mereka.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts