PNM sedia lebih 6 juta bahan bacaan! Perkukuh usaha lahirkan masyarakat berilmu – Aaron Ago

by Oh! Semput


6
SHARES
77
VIEWS
Posted on 18 Apr 2026 10:34:22

Kementerian Perpaduan Negara melalui Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) terus memperkukuh usaha memperluas akses ilmu kepada rakyat dengan menyediakan koleksi melebihi enam juta bahan bacaan.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata inisiatif itu selaras dengan aspirasi kerajaan untuk melahirkan masyarakat berilmu dan berdaya saing menjelang tahun 2030.

Beliau berkata usaha berkenaan bukan sekadar menghimpunkan khazanah ilmu negara, malah menjadi wadah penting dalam memperkasakan budaya membaca, menyemai pemikiran kritis serta membentuk masyarakat berinformasi dan berdaya maju.

“Sehingga kini, PNM telah merekodkan jumlah koleksi sebanyak 6,027,685 naskhah termasuk bahan yang diterima melalui Akta Penyerahan Bahan (Akta 331) yang dianggarkan sebanyak 2,500,000 naskhah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

alt

Tambah beliau, PNM turut memiliki 5,405 naskhah manuskrip yang menjadi khazanah warisan intelektual negara.

Selain itu, PNM memperkukuh akses digital dengan menyediakan 1,014,356 koleksi digital yang boleh diakses secara percuma melalui 18 pangkalan data menerusi platform u-Pustaka, sekali gus membolehkan rakyat mendapatkan bahan bacaan pada bila-bila masa.

Artikel lain: Muzium terus jadi pilihan rakyat, pelancong! Lebih 2.45 juta pelawat pada 2025 – Aaron Ago

Menurut beliau, semua inisiatif tersebut merupakan komitmen berterusan Kerajaan MADANI dalam memastikan akses kepada ilmu diperluas secara inklusif dan saksama demi membina masyarakat berpengetahuan, bersatu padu serta progresif.

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts