Sebahagian Pengguna Unifi Di Kedah, Perlis Alami Gangguan Internet

by Oh! Semput


6
SHARES
79
VIEWS
Posted on 14 May 2026 11:00:25

Sejak semalam, mungkin ada pengguna di Kedah dan Perlis yang menyedari sambungan internet menjadi luar biasa perlahan.

Telekom Malaysia (TM) melalui portal Unifi Alerts telah mengesahkan terdapat gangguan prestasi perkhidmatan (Service Performance Degradation) yang melibatkan rangkaian jalur lebar fiber di sebahagian kawasan Kedah dan Perlis. Difahamkan, gangguan tersebut berpunca daripada insiden kabel terputus.

Foto: Unifi Alerts

Berdasarkan ujian kelajuan yang dijalankan di kawasan terjejas, kualiti sambungan internet masih belum stabil setakat ini, khususnya dari segi kelajuan muat turun dan kadar kependaman atau latency (ping) yang tinggi.

 

Menurut Unifi, anggaran masa untuk menyelesaikan gangguan ini (ETTR) adalah pada jam 3:06 pagi, 15 Mei 2026. Walau bagaimanapun, tempoh pemulihan sebenar mungkin berubah bergantung kepada perkembangan kerja pembaikan.

Pengguna yang terjejas disarankan untuk memantau status terkini melalui portal Unifi Alerts dari semasa ke semasa.

{suggest}

Sebahagian Pengguna Unifi Di Kedah, Perlis Alami Gangguan Internet WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts