by Oh! Semput
Peminat Bella Astillah menzahirkan rasa sebak dan gembira apabila selebriti kesayangan mereka sangat dihargai bakal keluarga mentua apabila meraikan hari ibu bersama-sama.
Menerusi perkongsian rakaman video yang dimuat naik oleh ahli keluarga, Bella dilihat memberikan hadiah dan kad ucapan kepada ibu dan kakak kepada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dengan menyertakan luahan isi hatinya sehingga mereka berasa tersentuh.
Dapat dilihat ibu kepada ahli Parlimen Muar berkenaan, Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz menyatakan betapa dirinya begitu terharu dengan ucapan tulus bakal menantunnya sebelum mereka saling berpelukan.
Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai respon daripada peminat yang rata-rata tumpang gembira dengan kebahagian selebriti terbabit.
Mereka juga mendoakan Bella dan insan-insan yang berada di sekelilingnya diberi pelindungan dan berada di bawah rahmatNya.



Sekadar info, Bella Astillah dan Syed Saddiq telah mengikat tali pertunangan pada 28 Mac 2026.
Difahamkan, mereka bakal melangsungkan perkahwinan pada hujung tahun ini, namun tarikh belum dimaklumkan.
Bella Astillah pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi kelahiran Singapura namun sah bercerai pada 13 Jun 2024.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata Mohamad Ayde Adrean, dan Ara Adreanna, 6.
: Thread aien4086