Saintis Temui Persamaan Aurora Bumi Di Bulan Musytari

by Oh! Semput


3
SHARES
41
VIEWS
Posted on 19 Feb 2026 04:00:26

Sekumpulan ahli astrofizik dari Makmal Fizik Atmosfera dan Planet (LPAP) dari Universiti Liège berjaya menemui persamaan menarik antara aurora di Ganymede, bulan terbesar Jupiter (Musytari) dengan aurora yang terhasil di Bumi.

Ganymede merupakan satu-satunya bulan yang mempunyai medan magnet intrinsik, membolehkan fenomena aurora berlaku.

Melalui misi Juno NASA pada 2021, instrumen UV berjaya merakam imej resolusi tinggi aurora di Ganymede.

“Aurora juga diperhatikan di Ganymede, disebabkan oleh pemendakan elektron dalam atmosfera oksigennya yang nipis,” jelas Philippe Gusbin, di mana tesis sarjananya dalam Sains Angkasa menjadi asas kepada kajian ini.

Kajian itu mendapati aurora di sana terbentuk dalam bentuk “patches” atau rantai cahaya, mirip dengan struktur “beads” yang pernah diperhatikan di Bumi dan Musytari.

Fenomena ini menunjukkan bahawa proses asas pembentukan aurora adalah universal, berlaku apabila interaksi antara medan magnet dan zarah dari angkasa menghasilkan cahaya di atmosfera.

NASA menyatakan, aurora juga diperhatikan di planet lain, seperti Zuhrah, Marikh, Musytari, Zuhal dan Uranus.

Sepanjang dekad yang lalu, penerokaan sistem Jovian telah mencapai kemajuan yang luar biasa hasil daripada kapal angkasa Juno, yang tiba di Musytari pada tahun 2016 dahulu yang bakal menamatkan tahun kesepuluh operasinya.

{suggest}

Saintis Temui Persamaan Aurora Bumi Di Bulan Musytari WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts