by Oh! Semput
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memberi peringatan kepada orang ramai supaya tidak melakukan sebarang ugutan terhadap keluarga bekas wartawan Free Malaysia Today (FMT), Rex Tan.
Menurut laporan Buletin TV3, beliau berkata tindakan tersebut disifatkan melampaui batas dan tidak wajar selain berharap melupakan apa yang telah berlaku.

Artikel lain: Kesihatan PM Anwar memberangsangkan, mampu teruskan urusan rasmi

Sebelum ini, media melaporkan Rex Tan ditahan selepas hadir ke IPD Dang Wangi susulan soalan kontroversi yang dikemukakannya dalam satu wacana awam pada 12 Januari lalu.
Peguam mewakili Rex Tan iaitu Rajsurian Pillai memaklumkan penahanan itu di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan dan difahamkan siasatan dikendalikan oleh pihak Bukit Aman.
: Buletin TV3 (Saadiah Ismail)