by Oh! Semput

PRESIDEN Amerika Syarikat, Barack Obama. – Foto AFP
WASHINGTON: Presiden Barack Obama, semalam berkata Amerika Syarikat menghulurkan ‘tangan tanda persahabatan’ kepada rakyat Cuba susulan kematian pemimpin revolusinya, Fidel Castro.
“Sejarah akan merakamkan dan menilai kesan besar tokoh ini terhadap rakyat dan dunia di sekelilingnya,” katanya dalam satu kenyataan.
Pada Julai 2015, Amerika Syarikat menyambung semula perhubungan diplomatik dengan Cuba dan membuka semula pejabat kedutaannya di Havana, selang sebulan selepas itu.
Perhubungan semula itu menamatkan permusuhan Perang Dingin lebih separuh kurun dengan negara pulau komunis terbabit. Pada Mac lalu, Obama melakukan lawatan bersejarah ke Cuba.
“Sepanjang tempoh saya sebagai Presiden, kita berusaha bersungguh-sungguh untuk melupakan kisah silam dan mengejar masa depan di mana hubungan antara kedua-dua negara ini tercetus bukan atas perbezaan tapi menerusi banyak perkara yang dikongsi sebagai jiran dan rakan,” kata Obama. – AFP
Category: Dunia