Wan Rosdy Banyak Bantu Kejayaan Maahad Tahfiz Turath Pahang Lakar Sejarah, Catat GPS 0.60 Bagi Keputusan SPM 2025 Yang Diumum Hari Ini

by Oh! Semput


8
SHARES
108
VIEWS
Posted on 31 Mar 2026 16:31:57

KUANTAN: Maahad Tahfiz Turath Negeri Pahang melakar sejarah apabila julung kali merekodkan Gred Purata Sekolah (GPS) 0.60 bagi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 yang diumumkan pada Selasa.

Pencapaian memberangsangkan itu menyaksikan seramai 40 daripada 48 calon institusi berkenaan berjaya memperoleh keputusan semua A, sekali gus meletakkan sekolah tersebut sebagai institusi terbaik di peringkat kebangsaan.

​Ketua Pegawai Operasi Yayasan Pahang, Abd Razak Abu Musa Saari berkata, kejayaan kali pertama itu merupakan hasil usaha berterusan pelajar, tenaga pengajar dan sokongan keraaan negeri.

​"Berdasarkan pencapaian GPS 0.60, ia merupakan rekod tertinggi yang pernah dicapai oleh Maahad Tahfiz Turath.

"Kejayaan itu turut didorong oleh kecemerlangan pelajar perempuan yang memperoleh keputusan semua A dan A+.

​"Jadi, kami menjangkakan institusi ini berpotensi muncul sebagai antara sekolah terbaik dalam keputusan SPM di Malaysia tahun ini dan itulah harapan kami. Apa pun, kita tunggu pengumuman rasmi," katanya.

​Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis pengumuman keputusan SPM Tahun 2025 di Dewan Mahkota Maahad Tahfiz Negeri Pahang, di sini pada Selasa.

Selain Maahad Tahfiz Turath, Abd Razak turut memuji prestasi Maahad Tahfiz Negeri Pahang yang mencatatkan keputusan memberangsangkan dengan GPS 1.06 berbanding 1.15 pada 2024.

​Jelas beliau, kejayaan itu adalah hasil sokongan padu Kerajaan Negeri Pahang di bawah kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail.

"Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Wan Rosdy, barisan Exco dan Kerajaan Negeri Pahang yang banyak membantu kami di Yayasan Pahang serta di Maahad Tahfiz Negeri Pahang dalam mencapai kecemerlangan kedua-dua maahad tahfiz ini,” ujarnya.

​Mengulas mengenai usaha mengekalkan prestasi tersebut, Abd Razak mengakui ia merupakan satu cabaran besar, namun yakin dengan kekuatan tenaga pengajar serta sokongan pihak pengurusan.#SinarHarian

http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts