Robot Humanoid Bakal Digunakan Dalam Pembuatan Pesawat

by Oh! Semput


4
SHARES
49
VIEWS
Posted on 28 Jan 2026 07:30:18

Robot humanoid bukan sahaja akan digunakan dalam industri pengeluaran kereta, tetapi juga akan diperluaskan dalam barisan pembinaan pesawat.

Ia selepas syarikat robotik China, UBTech, telah menandatangani perjanjian dengan Airbus untuk memperluas penggunaan robot humanoid dalam industri penerbangan.

Airbus telah membeli model terbaru UBTech, iaitu Walker S2, yang direka untuk menyokong proses pembuatan pesawat.

Walker S2 adalah robot humanoid pertama di dunia yang mampu menukar bateri secara kendiri yang mengambil masa 3 minit sahaja. Sekali gus membolehkannya beroperasi 24/7 tanpa henti.

Buat masa ini, kerjasama ini masih di peringkat awal konsep dan ujian, namun ia menandakan langkah penting dalam integrasi teknologi robotik ke dalam sektor aeroangkasa.

Selain Airbus, UBTech turut bekerjasama dengan syarikat antarabangsa lain seperti Texas Instruments sekali gus menunjukkan bahwa keupayaan robot humanoid yang semakin canggih dijangka akan membawa revolusi dalam kecekapan dan keselamatan industri penerbangan.

{suggest}

Robot Humanoid Bakal Digunakan Dalam Pembuatan Pesawat WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts