Aksi Mat Rempit di LTSIP Cetus Kontroversi, Anthony Loke Arah Tindakan Tegas

by Oh! Semput


8
SHARES
98
VIEWS
Posted on 06 Apr 2026 04:31:40

Tindakan sekumpulan penunggang motosikal melakukan aksi berbahaya di hadapan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Pengkalan Chepa, mencetuskan kecaman apabila perbuatan tersebut disifatkan sebagai memalukan dan mengancam keselamatan awam. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, menegaskan bahawa insiden itu bukan sahaja membahayakan pengguna lapangan terbang, malah memberi imej negatif terhadap kemudahan yang baru dinaik taraf dengan kos hampir RM450 juta.

Menurut beliau, pelaburan besar itu bertujuan memperkukuh kemudahan pengangkutan udara di Kelantan serta merangsang pertumbuhan ekonomi dan sektor pelancongan negeri. Namun, tindakan tidak bertanggungjawab segelintir pihak yang menjadikan kawasan balai pelepasan terminal sebagai lokasi perlumbaan haram dilihat mencemarkan usaha tersebut.

Sehubungan itu, beliau telah mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) untuk melaksanakan operasi penguatkuasaan secara besar-besaran bagi membendung kegiatan berkenaan. Mana-mana individu yang dikesan terlibat akan berdepan tindakan tegas termasuk penyitaan motosikal serta-merta.

Dalam masa sama, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) turut diminta memperketat kawalan keselamatan di laluan masuk dan keluar terminal bagi memastikan kejadian seumpama itu tidak berulang. Tindakan ini penting bagi melindungi keselamatan orang ramai serta menjaga reputasi lapangan terbang sebagai pintu masuk utama ke negeri itu.

Insiden tersebut sebelum ini tular di media sosial menerusi rakaman video yang menunjukkan aksi merempit di kawasan lapangan terbang, sekali gus menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat. Kejadian itu dipercayai telah berlaku sejak Ramadan lalu sebelum mendapat perhatian meluas selepas video berkenaan tersebar.

Aksi Mat Rempit di LTSIP Cetus Kontroversi, Anthony Loke Arah Tindakan Tegas #1 The News Malaysia.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts