Ramai ‘cair’ dengar ucapan Syed Saddiq sanjung bakal isteri -“Kita dah nangis tersedu-sedu!”

by Oh! Semput


10
SHARES
127
VIEWS
Posted on 28 Mar 2026 20:34:30

Ucapan tulus Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sewaktu majlis pertunangannya dengan selebriti terkenal, Bella Astillah telah membuatkan ramai peminat sebak apabila menyifatkan ahli politik tersebut sebagai lelaki ‘green flag’.

Anggap sebagai lelaki paling bertuah

Menerusi ucapannya, Syed Saddiq menepis segala tohmahan yang dilemparkan sesetengah pihak kepada bakal isterinya termasuk memaklumkan dirinya jatuh hati disebabkan kedua anak-anak selebriti terbabit.

“Saya berucap bukan sebagai Ahli Parlimen atau pembahas, tetapi sebagai lelaki paling bertuah di bumi ini. 
“Saya dapat melihat sisi berbeza Bella. Dia seorang wanita yang sangat luar biasa, berbakat dan juga ‘iron lady’.
“Mungkin ramai kenal dia di pentas atau melalui kerjayanya, tetapi saya berpeluang melihat sisi lain seorang wanita yang tidak pernah kenal erti penat.
“Dalam kepenatan, dia tetap bangkit. Dalam kejatuhan, dia cari jalan untuk berdiri semula. Itu yang buat Bella sangat istimewa,” katanya.

alt

Bella Astillah sangat baik

Dalam ucapan tersebut, beliau berulang kali menyatakan faktor utama hatinya terbuka untuk memulakan langkah menyunting Bella adalah disebabkan sikap baik yang ditunjukkan.

Jelas Syed Saddiq, Bella seorang wanita yang sangat baik, bukan hanya kepada beliau dan keluarga tetapi kepada orang-orang yang baru dikenali.

alt

Anak-anak jadi faktor jatuh hati ke Bella

Beliau turut menyatakan anak-anak Bella turut menjadi faktor utama dirinya jatuh hati dengan wanita istimewa itu kerana melihat didikan yang cukup sempurna dari seorang ibu.

“Saya menyayangi Bella kerana dia mempunyai dua anak yang hebat iaitu Ayden dan Ara. Itu sesuatu yang sangat istimewa. Ara, walaupun saya tidak boleh menari sebaik anda, saya harap Ara boleh menerima saya.
“Ayden pula, saya harap kita boleh berlatih bersama dan berkongsi apa sahaja, termasuk perkara yang Ayden baca. Mereka berdua anak yang luar biasa.
“Alhamdulillah, segala kebaikan itu datang daripada ibunya, sama seperti kebaikan yang saya miliki datang daripada ibu dan ayah saya,” kongsinya.

Sebak betul dengar ucapan Bella

Ucapan tersebut membuatkan para peminat ‘cair’ dan merasakan tindakan Syed Saddiq merupakan kenyataan yang dibuat untuk menutup mulut pihak-pihak yang merendahkan Bella sebelum ini.

alt

Kalau kita dah menangis tersedu-sedu atas pelamin

alt

Sentiasa puji Bella

alt

Kalau jadi Bella dah meraung terharu

alt

Pasangan ini mulai rapat sekitar tahun 2024 apabila kerap bekerjasama dalam menjayakan beberapa projek mempromosikan produk.

Hubungan mereka telah mendapat ‘restu’ daripada keluarga dan juga peminat yang sentiasa mendoakan supaya kebahagiaan mereka berkekalan hingga ke alam perkahwinan.

Pada Sabrtu 28 Mac 2026, mereka telah mengikat tali pertunangan dengan Syed Saddiq memberikan lima dulang hantaran bertemakan masa hadapan dan dibalas tujuh dulang daripada pihak Bella Astillah.

: Threads bgbamextisha

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts