Rakyat Kini Semakin Matang Dan Tidak Lagi Mudah Terpengaruh Dengan Janji Semata-Mata, Sebaliknya Menilai Prestasi Kerajaan

by Oh! Semput


7
SHARES
95
VIEWS
Posted on 12 Apr 2026 16:31:58

KUALA LUMPUR: Rakyat kini semakin matang dan tidak lagi mudah terpengaruh dengan janji semata-mata, sebaliknya menilai prestasi kerajaan berdasarkan hasil yang benar-benar dirasai mereka.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, masyarakat hari ini lebih menilai tindakan dan keberkesanan kerajaan dalam melaksanakan tanggungjawab terhadap kebajikan rakyat.

Menurutnya, dalam suasana kemeriahan Aidilfitri, perkara itu wajar dilihat dalam perspektif lebih luas kerana tahap pemikiran rakyat yang semakin berkembang.

“Rakyat hari ini melihat siapa yang bekerja, siapa yang memberikan hasil dan siapa yang benar-benar menjaga kebajikan mereka.

“Sebab itu, bagi saya, sebuah kerajaan negeri yang baik ialah kerajaan yang bukan sahaja pandai merancang, tetapi mampu melaksanakan serta memberi kesan kepada kehidupan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Rumah Terbuka Aidilfitri Perantau Anak Pahang Tahun 2026 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia, di sini pada Sabtu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai itu berkata, negeri Pahang kini sedang bergerak ke hadapan dengan hala tuju yang jelas.

Jelasnya, negeri itu turut mencatat pelbagai pencapaian membanggakan selain usaha yang terus dipertingkatkan serta perancangan masa depan yang sedang dilaksanakan.

“Kita tidak mendakwa semuanya sempurna. Namun, kita komited untuk terus bekerja, terus memperbaiki dan memastikan negeri ini ditadbir dengan baik.

“Kerana akhirnya, rakyat tidak hidup dengan kata-kata, tetapi dengan hasil, kestabilan dan peluang yang disediakan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Wan Rosdy memaklumkan Inisiatif Makmur Pahang: Barakah Haji Pahang antara usaha yang dekat dengan hati rakyat, khususnya dalam semangat Aidilfitri. #SinarHarian

http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts