Mat Sabu ajak rakyat bercucuk tanam di rumah! Kurangkan kebergantungan bekalan import

by Oh! Semput


9
SHARES
115
VIEWS
Posted on 29 Mar 2026 10:34:36

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu, ajak rakyat memanfaatkan ruang di kediaman masing-masing untuk bercucuk tanam sayuran sebagai langkah mengurangkan kebergantungan kepada bekalan import susulan ketidaktentuan geopolitik di Asia Barat.

Beliau berkata konflik geopolitik yang berlaku ketika ini bukan sekadar isu luar negara, sebaliknya ia turut memberi kesan kepada rantaian bekalan makanan global.

alt

Menurutnya, walaupun impak tidak dirasai secara langsung, kesannya boleh sampai ke meja makan rakyat sekiranya gangguan terhadap rantaian bekalan berterusan.

“Sebab itu, Bang Mat hendak ajak semua, kalau ada ruang walaupun kecil di rumah, tanamlah apa yang mampu. Cili, sayur, ulam.
“Sedikit sebanyak boleh bantu kurangkan kebergantungan dan dalam masa sama jadi satu usaha yang bermanfaat untuk keluarga,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Ahad.

alt

Pada Disember lepas, Mohamad membuktikan ruang tanah terhad bukan halangan untuk bercucuk tanam apabila berjaya memanfaatkan tanah di sekeliling rumah untuk mengusahakan tanaman seperti pandan dan ulam raja.

alt

Artikel lain: Lepas galak rakyat bercucuk tanam, Mat Sabu saran ternak ikan jika ada lebihan tanah

Beliau berkongsi pelbagai hasil tanaman di sekeliling kediaman yang dinikmatinya selepas kejayaan menternak ikan tilapia dan menanam bawang Rose Ehsan beberapa bulan sebelumnya.

alt

Dalam masa sama, Mohamad menambah, kerajaan akan terus memperkukuh sistem makanan negara bagi memastikan bekalan mencukupi serta akses kepada rakyat sentiasa terjamin.

“Ini tanggungjawab yang sedang dan akan terus kita laksanakan. Yang penting, kita sama-sama ambil peranan.
“Mulakan dengan apa yang ada. Insya-ALLAH, usaha kecil hari ini akan jadi kekuatan besar untuk masa depan,” kongsinya lagi.

: FB Mohamad Sabu

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts