by Oh! Semput
Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mendedahkan beliau kini berada dalam radar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan laporan dakwaan penyelewengan melibatkan pelaburan RM1.11 bilion, malah menyamakan situasi itu dengan episod The Empire Strikes Back dalam saga Star Wars: Episode V – The Empire Strikes Back.
Dalam hantaran sinis di X, beliau dilihat tenang dan mencabar agar siasatan dilakukan secara menyeluruh berhubung perjanjian Malaysia dengan Arm Holdings bagi membangunkan cip “Made by Malaysia”.

Perkembangan itu hadir selepas kritikannya terhadap Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berhubung isu pemilikan saham yang dilaporkan oleh Bloomberg serta gesaannya supaya Azam digantung tugas.
Sebelum ini, beliau juga pernah berdepan siasatan berkaitan pengisytiharan aset membabitkan Invoke Solution.

Artikel lain: “Apa-apa saham itu modal berbayar la Tan Sri! Takkan tak faham..”- Rafizi ‘sekolahkan’ Azam Baki
Semalam, Bernama melaporkan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Ahmad Khusairi Yahaya berkata suruhanjaya itu akan meneliti keseluruhan laporan berkenaan bagi menentukan sama ada wujud unsur rasuah, penyelewengan atau salah guna kuasa di bawah Akta SPRM 2009.

: X rafiziramli