Program MADANI Rakyat 2026 Perak buka tirai, tawar lebih 200 perkhidmatan kerajaan

by Oh! Semput


5
SHARES
69
VIEWS
Posted on 03 Apr 2026 14:04:43

Program MADANI Rakyat (PMR) 2026 secara rasmi bermula hari ini di Ipoh, Perak, menjadi lokasi pertama penganjuran bagi tahun ini.

Program tiga hari itu berlangsung dari 3 hingga 5 April 2026 di Bulatan Sultan Azlan Shah, Persiaran Meru, menawarkan lebih 200 perkhidmatan kerajaan terus kepada rakyat.

Bertemakan “Bandar Lestari, Perumahan Berkualiti, Komuniti Harmoni”, PMR menekankan pembangunan bandar mampan, penyediaan perumahan berkualiti, dan pembentukan komuniti harmoni sebagai tunjang kemajuan negara.

alt

alt

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Nga Kor Ming, berkata program itu bukan sekadar platform biasa, sebaliknya memberi peluang kepada rakyat untuk mendapatkan pelbagai perkhidmatan kerajaan di satu lokasi.

“PMR bukan sekadar program biasa. Ia adalah platform bagi rakyat mendapatkan pelbagai perkhidmatan kerajaan di satu lokasi, sekali gus menjimatkan masa dan kos,” katanya.

Program ini menampilkan pelbagai pengisian menarik termasuk perkhidmatan pelbagai agensi kerajaan, inisiatif kesejahteraan rakyat dan kesihatan, jualan Rahmah MADANI dan Jualan Agro MADANI, peluang pekerjaan, serta aktiviti komuniti dan hiburan keluarga.

alt alt alt alt alt alt

Penganjuran PMR 2026 menzahirkan komitmen Kerajaan MADANI untuk memastikan rakyat mendapat akses langsung kepada perkhidmatan awam yang inklusif, memperkukuh daya tahan komuniti, dan menyokong kemakmuran bersama demi masa depan negara yang lebih adil dan saksama.

Artikel lain: Lautan manusia serbu Lumut! Program MADANI Rakyat 2025 Perak capai lebih 100,000 pengunjung

Sebagai peneraju, Pavilion KPKT menyediakan perkhidmatan khusus seperti permohonan surat pengesahan projek perumahan swasta terbengkalai, pameran 10 Tahun URBANICE Malaysia, promosi kempen pemilikan rumah, serta maklumat mengenai program SMART CITY dan iPLAN.

alt

alt

Beberapa pentas turut disediakan bagi pengunjung termasuk slot interaktif bersama agensi kerajaan, persembahan kebudayaan, sesi ilmu pemilikan rumah, demonstrasi keselamatan JBPM, dan persembahan busking MADANI.

Majlis perasmian PMR 2026 Perak akan disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga Ahli Parlimen Tambun, pada Sabtu, 4 April, jam 3.00 petang.

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts