Prihatin Nasib Rakyat, Kerajaan Pahang Hulurkan Bantuan Kewangan Sebanyak RM5,000 Kepada Kanak-Kanak Sakit Kronik Di Maran

by Oh! Semput


6
SHARES
76
VIEWS
Posted on 15 Apr 2026 20:02:00

MARAN: Seorang kanak-kanak yang menghidap penyakit kronik di sini telah menerima sumbangan kewangan RM5,000 hasil keprihatinan Menteri Besar Pahang Dato’ Sri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail.

Sumbangan disampaikan kepada Muhammad Ramadhan Muhammad Taufik, melalui Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna dan Manusia Negeri, Sim Chon Siang bertujuan bagi meringankan beban keluarganya.

Muhammad Ramadhan menghidap beberapa penyakit kronik serius termasuk gabungan VACTERL (gabungan kecacatan kelahiran pelbagai organ), Hydranencephaly with Gross Hydrocephalus (satu keadaan jarang berlaku di mana sebahagian besar struktur otaknya tidak terbentuk dan ruang tersebut dipenuhi dengan takungan cecair yang banyak sehingga menyebabkan saiz kepalanya membesar).

Menurut ibunya, Siti Nur Raihan Ahmad, 29, anaknya itu turut menderita Kecacatan Anorektal, serta jangkitan Herpes Neonatal, yang memerlukan rawatan rapi dan berterusan.

“Kos rawatan bulanan anak saya mencecah antara RM3,000 hingga RM5,000 melibatkan pelbagai keperluan perubatan dan penjagaan khas.

“Selain kos rawatan, kami juga turut berdepan keperluan bulanan lain seperti lampin pakai buang dan susu khas,” katanya di sini kelmarin.

Menurutnya, mereka menerima bantuan bulanan sebanyak RM500 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah Skim Bantuan Penjagaan OKU/Pesakit Kronik Terlantar (BPT), namun jumlah tersebut hanya mampu menampung sebahagian kecil daripada kos sebenar.

“Pendapatan suami yang bekerja sebagai tukang kebun di Sekolah Kebangsaan Keramat, Maran juga tidak mencukupi untuk menampung keseluruhan perbelanjaan keluarga,” katanya. #MalaysiaAktif

http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts