Caj GST kad prabayar terus dikecualikan

by Oh! Semput


6
SHARES
75
VIEWS
Posted on 17 Dec 2016 11:01:12

NAJIB dan Pengerusi GiatMara Malaysia, Datuk Azian Osman (kanan) ketika melawat bengkel jahitan GiatMara Pekan di Bandar Baru Peramu. – Foto Luqman Hakim Zubir

PEKAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kerajaan mengambil keputusan untuk terus mengecualikan caj cukai barang dan perkhidmatan (GST) bagi pembelian kad prabayar telefon bimbit tahun hadapan.

Perdana Menteri berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pelbagai faktor termasuk bagi mengurangkan beban rakyat.

“Kerajaan sudah memutuskan untuk terus mengecualikan caj GST bagi pembelian kad prabayar telefon bimbit untuk tahun 2017.

“Saya percaya, pengumuman ini akan dapat membantu rakyat dalam mengurangkan bebanan ditanggung mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melakukan Lawatan Kerja Ke GiatMARA Pekan, dekat sini, sebentar tadi.

Category: Semasa


SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts