Pomelli Kini Dilengkapi Ejen AI, Mudahkan Perniagaan Bina Identiti Jenama

by Oh! Semput


5
SHARES
62
VIEWS
Posted on 20 May 2026 07:30:21

Pomelli kini menerima kemas kini baharu yang menjadikannya lebih mudah untuk membina identiti jenama serta mereka bentuk laman web.

Sebelum ini, Pomelli diperkenalkan melalui Google Labs untuk membantu perniagaan kecil dan sederhana menghasilkan kandungan yang konsisten dengan identiti jenama mereka. Sejak dilancarkan, platform ini telah digunakan untuk menghasilkan pelbagai kandungan seperti gambar produk, kempen media sosial serta iklan.

Dengan kemas kini terbaharu ini, Pomelli kini hadir dengan keupayaan agentik yang membolehkan ia membantu pengguna membina identiti jenama atau “Business DNA” dengan lebih terperinci.

Pengguna boleh memuat naik bahan sedia ada seperti dokumen produk dan foto, atau berinteraksi terus dengan ejen untuk membentuk identiti jenama dari awal.

Selepas identiti jenama ditentukan, Pomelli turut membolehkan pengguna menjana brand book yang mengandungi panduan visual seperti imej tersuai, fon dan warna jenama, serta membina laman web lengkap hanya melalui beberapa langkah mudah.

Untuk mencuba Pomelli, layari laman Google Labs.

{suggest}

Pomelli Kini Dilengkapi Ejen AI, Mudahkan Perniagaan Bina Identiti Jenama WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts