Polis Indonesia tahan lelaki disyaki anggota militan

by Oh! Semput


7
SHARES
93
VIEWS
Posted on 26 Nov 2016 06:01:01

ANGGOTA polis menunjukkan senjata dan bahan untuk membuat letupan yang dirampas, bertujuan digunakan dalam serangan ke atas bangunan kerajaan dan kedutaan Myanmar di Jakarta.

JAKARTA: Polis Indonesia menahan seorang lelaki disyaki anggota militan dan merampas sejumlah bahan untuk membuat bom bertujuan digunakan dalam serangan ke atas bangunan kerajaan dan kedutaan Myanmar di Jakarta bulan depan, kata seorang jurucakap polis.

Suspek dikenali sebagai Rio Priatna Wibawa, 23, dipercayai menjadi ahli kumpulan militan Indonesia yang menyokong Daesh.

Media tempatan melaporkan jumlah bahan letupan yang dirampas boleh mencetuskan letupan dua kali ganda lebih kuat sama seperti bom yang mengorbankan 202 orang di sebuah kelab malam di Bali pada 2002.

Wibawa, lulusan sains pertanian sebuah universiti dan tidak bekerja, adalah seorang pembuat bom yang merancang untuk mengedarkan bahan letupan itu ke beberapa tempat di seluruh Indonesia, kata jurucakap polis, Boy Rafli Amar hari ini.

Indonesia menyaksikan rentetan serangan yang dikaitkan dengan militan Daesh tahun ini, termasuk serangan bersenjata dan bom terbesar di ibu negara Jakarta yang mengorbankan empat orang Januari lalu. – Reuters

Category: Dunia


SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts