by Oh! Semput
Pemimpin PKR, Dr Sathia Prakash Nadarajan mengingatkan orang ramai supaya tidak cepat melabel atau menyalahkan mana-mana kumpulan susulan insiden seorang penuntut lelaki yang didakwa memijak al-Quran baru-baru ini.

Foto: Media sosial
Menurut laporan malaysiakini, beliau berkata jika benar ada kesalahan, ia perlu ditanggung oleh individu terlibat sahaja dan tidak wajar dikaitkan dengan kaum atau agama tertentu.
Sathia menjelaskan, pendekatan lebih berhemah penting bagi memastikan suasana harmoni dalam masyarakat terus terjaga.

Foto arkib: Sinar Harian
Beliau berkata demikian bagi mengulas insiden melibatkan seorang penuntut Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang mencetuskan kontroversi di aplikasi Threads.
Dalam masa yang sama, Sathia berpendapat, Malaysia kini menghadapi cabaran besar kerana segelintir pihak menyalahgunakan media sosial untuk menabur kebencian yang berpotensi mengugat keharmonian masyarakat yang telah lama terjalin.
Sementara itu, beliau juga menekankan isu premis atau rumah ibadat yang dikatakan tiada hak milik sah, sambil menggesa pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya mengambil tindakan awal bagi mengelak timbulnya polemik dalam kalangan orang awam.
Terdahulu, media melaporkan seorang penuntut UMPSA ditahan kerana memuat naik gambar memijak al-Quran dan menghina Rasulullah menerusi akaun Threads miliknya.

Foto: Media sosial
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, penuntut berusia 21 tahun direman selama empat hari sehingga Sabtu ini untuk siasatan lanjut.
: Malaysiakini (B Nantha Kumar)