by Oh! Semput

Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan mencapai kata sepakat untuk mengekalkan kerjasama politik antara UMNO dan Pakatan Harapan (PH) di Negeri Sembilan demi memastikan kestabilan pentadbiran serta kesejahteraan rakyat.
Mesyuarat itu dipengerusikan bersama oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Selasa.
Setiausaha Agung PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam kenyataan bersama memaklumkan bahawa keputusan itu selari dengan pendirian Biro Politik kedua-dua pihak berhubung isu di negeri berkenaan.
Dalam masa sama, kedua-dua pihak turut bersetuju supaya sebarang keputusan kerajaan negeri yang berpotensi menimbulkan sensitiviti atau perselisihan faham perlu dirujuk segera kepada majlis perundingan tersebut.
Mesyuarat itu diadakan bagi menyelaraskan hala tuju politik kedua-dua blok dalam mendepani isu semasa di bawah Kerajaan Perpaduan.
: Facebook Asyraf Wajdi, Pakatan Harapan