Permohonan Bantuan Perubatan Diluluskan Oleh Kerajaan Pahang, Khaidir Anggap Detik Bersejarah Bertemu Dan Beramah Mesra Dengan 'Tok Wan'

by Oh! Semput


7
SHARES
96
VIEWS
Posted on 21 May 2026 16:32:04

KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Diraja Hj Wan Rosdy Wan Ismail pada Selasa telah menyerahkan bantuan Skim Sumbangan Kewangan Bagi Membiayai Kos Rawatan Perubatan daripada Kerajaan Negeri Pahang kepada isteri kepada bekas Ketua Pengarang Berita TV3, Khaidir Ahmad.

Menerusi hantaran difacebook aktivis alam sekitar  terbabit, beliau amat gembira kerana permohonan oleh isteri dan anaknya telah diluluskan.

"Semalam (Rabu 20 Mei 2026) adalah hari yang bersejarah bagi saya kerana akhirnya dapat bertemu muka dan beramah mesra dengan Tok Wan.

"Sejak Dato’ Sri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail dilantik sebagai Menteri  Besar Pahang ke-14 pada Mei 2018 lagi, saya telah menyimpan hasrat untuk menemui dan berbual santai dengan beliau, terutama mengenai isu politik dan alam sekitar di Pahang.

"Ini kerana selama 10 tahun menyandang jawatan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) Negeri Pahang, saya melihat beliau sebagai seorang ahli politik yang sederhana atau low profile tetapi berwibawa," kata kenyataannya.

Menurut Khaidir dalam tempoh itu juga, beliau melihat Menteri Besar Pahang agak cakna dengan alam sekitar dan baik dengan seorang daripada sahabat alam saya, Profesor Maketab Mohamed.

Justeru, ramai yang terkejut, (termasuk pesaing politiknya yang lebih agresif dan suka menonjol diri), apabila beliau dipilih sebagai Menteri Besar Pahang ke-14 bagi menggantikan Dato’ Sri Diraja Adnan Yaakob (Long Nan), yang bagi saya dan dikenali ramai, sebagai ahli politik yang agak agresif tetapi baik hati.

Namun, takdir dan perancangan Allah, tiada siapa dapat menduga sebagaimana juga seorang Naib Presiden UMNO dari Pahang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9 pada Ogos 2021.

"Hari demi hari, saya menunggu detik yang sesuai untuk menemui dan beramah-mesra dengan Dato’ Sri Diraja Wan Rosdy yang juga mesra dengan panggilan Tok Wan, tetapi tidak kesampaian.

Menurut Khaidir lagi dalam penantian itu, terutama ketika isu alam sekitar memuncak di Pahang  apabila terjadinya “banjir puing” luar biasa di Hulu Telemong dan Lembangan Semantan pada tahun 2021 tiba-tiba beliau disaman oleh Kerajaan Negeri Pahang dengan tuntutan gantirugi RM1 juta, kerana melaporkan bencana alam berkenaan dan berkongsi hantaran (repost) mengenai kegiatan pembalakan yang mencurigakan di Daerah Bentong ketika itu.

Selepas prosiding kes saman itu berlarutan di Mahkamah Tinggi tanpa perbicaraan selama lebih empat tahun beliau semakin yakin ada sesuatu yang tidak kena di sebalik saman berkenaan.

Akhirnya, atas semangat bermaafan sesama Islam menjelang Ramadhan dan Aidilfitri serta dikekang pula dengan masalah kesihatan yang dialami oleh isteri (lumpuh kerana serangan stroke) dan anaknya (ketumbuhan dalam otak) maka pada Januari lalu beliau bersetuju dengan cadangan pihak plaintif untuk berdamai di Mahkamah menerusi kaedah Penghakiman Persetujuan (bukan penyelesaian kes di luar mahkamah).

"Dengan takdir Allah juga beberapa hari lalu saya menerima perkhabaran gembira mengenai permohonan oleh isteri dan anak saya untuk mendapatkan bantuan Skim Sumbangan Kewangan Bagi Membiayai Kos Rawatan Perubatan daripada Kerajaan Negeri Pahang, telah diluluskan.

"Alhamdulillah, selepas majlis penyampaian sumbangan itu semalam, Tok Wan telah sudi melapangkan masa emas beliau bagi menunaikan hasrat saya yang sekian lama terpendam untuk berbual-bicara dengan beliau. 

"Kami hampir sebaya kerana Tok Wan cuma empat tahun lebih tua daripada saya. Kami sama-sama anak jati Pahang. Cuma deme orang Hulu Jelai dan koi orang Kuala Semantan. Deme di bidang politik, koi di bidang persuratan.. tetapi kome sama-sama minum dan tahu keruhnya air Sungai Pahang dari Hulu Jelai hingga ke Pekan," tambahnya. #fbKhaidirAhmad

http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts