Tak Perlu Menyewa Lagi, Ini Antara Sebab Kenapa Miliki Rumah Pertama Di The Straits Bandar Bukit Raja Lebih Berbaloi!

by Oh! Semput


5
SHARES
66
VIEWS
Posted on 13 Nov 2026 10:01:15

“Penatlah nak kena cari rumah sewa baru…”

Bila sebut bab rumah ni, mesti ramai antara kita yang ada pengalaman tersendiri dengan rumah sewa betul tak? 

Advertisement

Contoh macam awal-awal kahwin, rasa cukup je duduk di apartment kecil. Tapi bila umur makin meningkat, anak pula dah mula pandai berjalan dan berlari, waktu itulah kita rasa ruang makin sempit. 

Itu belum cerita lagi tuan rumah naikkan kadar sewa setiap kali renovate atau perbaharui kontrak. Dah satu hal nak kena cari rumah baru, nak kena angkut barang-barang lagi. 

Sampai Bila Nak Kena Menyewa?

Bila situasi macam ini berlaku, sebagai manusia, tipulah kita tak terdetik fikir, “sampai bilalah aku nak menyewa? “ atau “kalaulah dapat beli rumah landed sendiri, mesti seronok anak-anak dapat berlari dekat laman” betul tak? 

Kesudahannya, kita mesti akan terfikir tentang keselesaan diri sendiri dan keluarga untuk jangka masa panjang. 

Bila tengok harga rumah landed sekarang, tak dinafikan ramai antara kita terus “koyak” sebab rumah teres dua tingkat yang tersedia ni kebanyakannya cuma mampu milik untuk orang yang berpendapatan tinggi saja.

Tapi, percaya tak kalau kami cakap sebenarnya wujud je perumahan yang menyediakan rumah teres dua tingkat mampu milik. Kalau nak tahu, jom kami kongsikan. 

Kenapa Perlu Menyewa Kalau Boleh Ada Rumah Landed Sendiri?

Okay, sekarang cuba anda duduk dan kira balik, berapa banyak duit sewa yang anda dah belanjakan sepanjang beberapa tahun ini? Duit yang akhirnya menjadi milik orang lain. 

Tahu tak, sebenarnya kalau dibandingkan kadar sewa bulanan kawasan bandar sekarang dengan anggaran ansuran bulanan rumah pemula, perbezaannya tak jauh mana pun! 

Daripada bayar sewa bulan-bulan untuk rumah orang, lebih baik salurkan bajet tersebut untuk bayar ansuran rumah landed milik sendiri betul tak? 

Haa, inilah yang cuba ditawarkan melalui kediaman teres dua tingkat The Straits yang terletak di Bandar Bukit Raja! 

Ia dibangunkan khas sebagai rumah pemula mampu milik untuk bantu pembeli rumah pertama dan keluarga muda memiliki rumah teres berkualiti pada julat harga yang sangat berpatutan! 

Reka Bentuk Modern & Praktikal Untuk Keluarga Berkembang

Bila dah ada rumah sendiri, faktor keselesaan ahli keluarga memang jadi keutamaan betul tak? Tahu tak, dekat The Straits, mereka menampilkan reka bentuk rumah teres dua tingkat yang sangat praktikal tau. 

sime darby bukit raja

Bukan setakat ada ruang tamu yang luas untuk berkumpul satu keluarga, malah ia dibina dengan siling yang lebih tinggi, membuatkan suasana di dalam rumah terasa lebih sejuk, lapang dan selesa. 

sime darby bukit raja

sime darby bukit raja

Paling best, bilik tidur utama siap dilengkapi dengan bay window, di mana ruang tingkat ekstra ini membuka ruang untuk pencahayaan semula jadi masuk ke rumah, sekali gus memberi sentuhan eksklusif utnuk anda sekeluarga beristirehat. 

Lokasi & Perbandaran Yang Strategik

Satu lagi kebimbangan biasa pembeli rumah pertama adalah takut kawasan rumah jauh di pendalaman betul tak? Bila duduk jauh ni, nak keluar beli barang asas pun susah, apatah lagi nak pergi kerja…

Jadi, dekat The Straits, anda tak perlu risau pun sebab masalah ini memang tak akan wujud sebab ia terletak di dalam perbandaran berintegrasi Bandar Bukit Raja, menjadikan lokasinya sangat strategik dengan akses mudah ke jalan-jalan utama dan lebuhraya. 

Bukan itu saja, segala kemudahan harian seperti sekolah untuk anak-anak, pusat kesihatan, kedai runcit dan fasiliti komuniti semuanya berdekatan saja tau. 

Anda tak perlu risau lagi dah bab kemudahan asas ini sebab semuanya memang tersedia ada di sekeliling kawasan kediaman. 

Dekat Dengan Alam Semulajadi, Sesuai Untuk Ambil Udara Segar

Untuk anda yang ada anak-anak kecil, persekitaran tempat tinggal memainkan peranan sangat penting betul tak? 

sime darby bukit raja

Dekat The Straits, anda bukan saja dapat rumah yang selesa, malah anda juga boleh mengamalkan gaya hidup sihat sebab ia terletak berdekatan dengan alam semulajadi!

sime darby bukit raja

Kalau anda nak berjalan-jalan ambil udara segar atau berjogging pada hujung minggu, tak perlu pening kepala lagi dah, pergi saja ke Wetland Nature Park. Dekat sangat dengan The Straits tau.

Pelaburan Jangka Panjang Paling Berbaloi

sime darby bukit raja

Tak kisah sama ada anda ada perancangan untuk duduk sendiri bagi jangka masa panjang atau fikirkan nilai hartanah masa depan, The Straits memenuhi kedua-dua kriteria ini. 

Gabungan harga mampu milik, reka bentuk praktikal, lokasi strategik dalam perbandaran Bandar Bukit Raja, serta akses mudah menjadikan ia satu pilihan pemilikan hartanah yang sangat bernilai untuk generasi akan datang. 

Usah Terbeban Dengan Rumah Sewa, Miliki Rumah Pertama Sekarang!

sime darby bukit raja

Fuhh, tak dinafikan, apa yang kami dah kongsikan ini semuanya sangat bernilai dan berbaloi untuk anda yang tengah berbelah bahagi sama ada nak terus menyewa atau mencari rumah pertama mampu milik. 

Lepas ni, dah tak mustahil lagi dah nak cari rumah pertama yang menyediakan banyak kemudahan untuk bina kehidupan berkeluarga.

Jadi, kalau anda berminat untuk ketahui lebih lanjut tentang The Straits, layari laman web rasmi Sime Darby Property atau daftar temujanji untuk lawat galeri jualan hari ini.

Tak Perlu Menyewa Lagi, Ini Antara Sebab Kenapa Miliki Rumah Pertama Di The Straits Bandar Bukit Raja Lebih Berbaloi! first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts