by Oh! Semput
PRO-NET kini memperkenalkan Proton e.Mas 7 2026 yang dihasilkan secara tempatan di Malaysia.
Pengenalan ini menandakan satu pencapaian penting dalam memajukan ekosistem kenderaan elektrik (EV) di Malaysia, dengan menawarkan kenderaan pada harga mampu milik.
Varian Prime kini menampilkan Power Tailgate, membolehkan pengguna membuka dan menutup but dengan mudah hanya melalui satu sentuhan butang atau menggunakan alat kawalan jauh.
Sementara itu, varian Premium menerima naik taraf pada sistem ADAS (Sistem Bantuan Pemandu). Ini termasuk Evasive Manoeuvre Assist (EMA) yang membantu pemandu mengelak halangan dalam situasi kecemasan, Front Cross Traffic Alert (FCTA) yang memberi amaran mengenai kenderaan dari sisi di persimpangan, serta Active Lane Change Assist (ALCA) yang menyokong pertukaran lorong dengan mengawasi titik buta dan secara automatik menyesuaikan stereng jika perlu.
Bagi meraikan pengenalan Proton e.MAS 7 model 2026, untuk masa terhad, pembeli akan menerima pakej Power Pack+ yang merangkumi:
Harga Atas Jalan (tanpa insurans) bagi Proton e.MAS 7 2026 berbeza di Semenanjung Malaysia dan Sabah & Sarawak. Dalam tempoh terhad, pembelian terawal akan menerima Welcome Benefit yang menawarkan rebat RM4,000, menjadikan harga serendah RM99,800 untuk varian Prime.

Untuk maklumat lanjut, layari laman Proton e.MAS.
{suggest}
PRO-NET Perkenal Proton e.MAS 7 2026 – Kini Bermula Dari RM99,800 WISER.MY.