CATL Perkenal Bateri EV 255 Kg Lebih Ringan, Julat Sehingga 1,000 Km

by Oh! Semput


4
SHARES
55
VIEWS
Posted on 22 Apr 2026 04:00:20

CATL di acara CATL Tech Day 2026 yang berlangsung di Beijing semalam sekali lagi membuktikan kepimpinannya dalam teknologi bateri apabila memperkenalkan generasi ketiga bateri EV mereka, Shenxing 3 dan Chilin 3.

2 Inovasi utama diperkenalkan menerusi Shenxing 3 dan Qilin 3, yang menetapkan standard baharu dalam dunia mobiliti elektrik.

Shenxing 3 menonjol dengan keupayaan pengecasan ultra pantas di mana ia mampu mengecas dari 10% ke 80% dalam kurang 4 minit dan penuh 100% dalam sekitar 6 minit 27 saat sahaja tanpa memberi kesan hayat pada bateri kerana teknologi penyejukkan termajunya.

Sementara Qilin 3 pula membawa revolusi jarak jauh dengan 1,000 km dalam satu cas dalam pek bateri lebih ringan hanya seberat 625 kg sahaja.

Bateri Qilin 3 CATL baharu ini yang  255kg lebih ringan dari sebelum ini sekali gus memanjangkan jangka hayat keseluruhan sistem brek, suspensi dan komponen kritikal, termasuk bahagian casis dan sesendal getah sebanyak 40%.

CATL juga menyatakan, jangka hayat tayar turut meningkat lebih 30%.

Daripada menggantikannya setiap 30 hingga 40,000 kilometer, kini anda memperoleh sekurang-kurangnya tambahan sehingga 10,000 km.

Dengan ketahanan lebih lama dan pelepasan karbon lebih rendah, Qilin 3 menepati visi mobiliti hijau masa depan.

CATL di dalam acara itu turut memaklumkan bahawa setakat suku pertama 2026, mereka telah menguasai 47% pasaran EV di China dengan 2 daripada 1 EV yang terjual di China dikuasakan oleh bateri CATL.

{suggest}

CATL Perkenal Bateri EV 255 Kg Lebih Ringan, Julat Sehingga 1,000 Km WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts