PETALING JAYA: Peranan wanita Islam di seluruh dunia dalam bidang ekonomi, politik dan sosial semakin meningkat dan diterima masyarakat antarabangsa. Pengerusi Jaringan Perniagaan Wanita, Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF), Datuk Dr Norraesah Mohamed, berkata di negara kita dan rantau ini kebanyakan mereka diterima untuk memimpin dalam sektor korporat, pentadbiran dan politik. Katanya, walaupun beberapa negara di Asia Barat mengekang pembabitan mereka, namun halangan itu menjurus kepada budaya negara terbabit dan bukan faktor agama. "Beberapa negara seperti Pakistan dan di Asia Barat ada kekangan itu, tetapi bukan sebab Islam, sebaliknya berkaitan budaya mereka yang lama terbenam dalam jiwa masyarakat sehingga Islam menjadi mangsa dan dipersalahkan. "Masyarakat di Malaysia sendiri sesetengahnya menganggap tempat wanita itu sesuai di dapur, namun realitinya di negara ini semakin ramai menceburi pelbagai bidang," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menjadi moderator dalam Forum Kepemimpinan Muslim Dunia Ketiga bertajuk perbincangan berkaitan kepemimpinan wanita muslim, kepentingan, peluang dan cabaran, di sini, hari ini. Norraesah yang juga Pengerusi Eksekutif MyEG Services Berhad (MYEG) berkata, wanita Islam tidak harus bersuara terlalu lantang untuk menuntut hak mereka semata-mata untuk diangkat sebagai pemimpin. Katanya, apa yang penting, golongan itu perlu melakukan apa yang dianjurkan mengikut landasan syariah. Katanya, golongan itu juga tidak semestinya bertindak agresif dan berlagak seperti lelaki hanya untuk mencapai tahap tertinggi. "Golongan lelaki juga harus mengenali dan memahami dengan lebih baik tentang ajaran Islam berkaitan wanita apabila agama tidak membendung golongan ini untuk turut berjaya. "Jadilah diri sendiri dan serlahkan keupayaan, kesungguhan dan komitmen untuk membawa inovasi dan idea baharu dalam organisasi masing-masing," katanya. DISYORKAN Wajah dipersenda, pelakon Opah nafi bedah plastik Pope Francis berceramah dari dewan masjid di Azerbaijan Elizad mohon maaf lakonan mesra bersama Amar Baharin Izara Aishah selesa perut buncit DARI SELURUH LAMAN WEB Mystery millionaire docked in Marina Island Pangkor shy’s from the camera but tells us his remarkable story about money making and money spending! 24 Business News Working Mums: Food You Can Prepare for Your Kids in Under a Minute Betty Crocker How Do Malaysians Get Rich? Watch This Shocking Video Now and Start! direct-news-24.com Full of Surprises: Singapore Facts That Should Blow Your Mind Singapore Tourism Board Recommended by Cari Berita Semasa Dunia Bisnes Hartanah Politik Hiburan Jenayah Politik Rencana Kolumnis Sukan BH@IT BH Auto Capaian Laman Web Mobile RSS Feed Unit Iklan Pertanyaan Maklumat Multimedia Foto Video Sudoku Media Sosial Facebook Twitter YouTube Instagram Interaktif BH TV Rakan BH Langgan Akhbar Digital Akhbar BH SMS Alert Perkhidmatan Iklan Web 1Klassified News Image Bank (NIB) Hubungi Kami Sejarah Redaksi Disclaimer Notis Perlindungan Data Peribadi
Gergasi infrastruktur digital global, Vertiv, baru-baru ini mengumumkan pembangunan keupayaan kembar digital (digital twin) fizikal bersepadu pertama menerusi sistem Vertiv SmartRun yang diintegrasikan ke dalam pelan tindakan (blueprint) NVIDIA Omniverse
Warga Rohingya yang sebelum ini pernah menyewa di flat haram di Sungai Tekali mendakwa kediaman berkenaan ditawarkan sendiri oleh pemilik tanah sejak 2019.Menurut laporan, pemilik tanah dipercayai menyewakan hampir 30 unit kediaman yang dibina secara har
Pelakon dan usahawan Abby Abadi tampil meluahkan rasa berang selepas seorang individu mendakwa ibu kepada mangsa rogol yang sebelum ini dibantunya sedang menjalankan scam dengan meminta sumbangan daripada orang ramai.Menerusi satu hantaran di media sosia
KUANTAN: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Pahang menjalankan siasatan susulan kemalangan melibatkan sebuah lori tangki membawa asid hidroklorik (HCL) berhampiran Jambatan Cherating di sini, semalam.JAS dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima aduan
HONOR Malaysia secara rasmi memulakan jualan tablet produktiviti paling canggihnya, HONOR MagicPad 4, di seluruh negara.Menarik perhatian pasaran, gergasi teknologi ini mempertaruhkan inovasi Dwi-OS Android + Linux pertama dalam industri melalui ciri Lin
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan yang mengaitkan Datin Seri Rosmah Mansor dengan pembelian sebuah hartanah mewah bernilai AS$13 juta atau kira-kira RM52.6 juta di New Jersey, Amerika Syarikat.Ketua Polis Negara m
KUANTAN: Keputusan bekas calon Perikatan Nasional (PN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Muadzam Shah, Jaafar Mustafa, untuk kembali menyertai UMNO tidak menjejaskan kekuatan PAS dan PN di kawasan itu, kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pahang,
“Emak tak buang Fatin, emak maafkan Fatin Fatin anak emak dunia akhirat, adik-beradik pun tak buang Fatin.”Demikian luahan Aminah Haniffa, 56, ibu kepada Fatin Syazwani Ishak, isteri kepada pempengaruh Prince Syed, selepas prosiding di Mahk
PUTRAJAYA: Tidak hanya kehilangan tanah adat yang diwarisi sejak nenek moyang, masyarakat Orang Asli mendakwa hak mereka sebagai penduduk asal semakin dipinggirkan oleh kerajaan.Pengerusi Jawatankusa Badan Bertindak Tanah Adat Pos Simpor, Gua Musang
Menurut Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM):Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, YB Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu telah mengetuai delegasi Malaysia dalam lawatan kerja rasmi ke Tashkent, Republik Uzbekistan atas j