Penyeludupan e-waste makin licik, veteran ATM bakal diserap perkukuh AKPS -Shuhaily

by Oh! Semput


5
SHARES
61
VIEWS
Posted on 10 Feb 2026 03:34:33

Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang bersara awal bakal diserap ke dalam Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) bagi memperkukuh keupayaan penguatkuasaan, susulan taktik penyeludupan e-waste yang semakin licik dan kompleks.

Penyeludupan e-waste makin licik

Memetik laporan daripada Astro Awani, Ketua Pengarah AKPS, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain menyatakan langkah itu hasil komitmen kerjasama daripada ATM bagi membantu agensi yang masih baharu tersebut.

“Pada pagi Isnin, saya bertemu dengan Panglima ATM, Jeneral Datuk Malek Razak Sulaiman yang menzahirkan komitmen bantuan tidak berbelah bahagi kepada AKPS.
Saya ingin menjelaskan di sini, apa kita ambil adalah pegawai askar bersara dalam short service yang masih lagi bertenaga dan muda untuk melaksanakan tugasan di lapangan.
“Daripada sudut kerja pula, kita perlu melihat kepakaran masing-masing dan kehendak AKPS di tempat tersebut. Perbincangan lanjut akan dibuat dengan pihak veteran ATM,” jelasnya.

Penyeludupan e-waste

Penyeludupan e-waste buat macam cara mahu kaburi mata AKPS

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengiringi Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar dalam lawatan kerja ke Pelabuhan Klang, pada Isnin.

Menurut Shuhaily, veteran Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dilihat sebagai aset berharga khususnya dalam konteks maritim, memandangkan AKPS masih berusia setahun jagung dan berdepan kekangan keupayaan risikan.

“Kekuatan risikan AKPS masih dalam keadaan paling minimum, kita setakat ini berharap kepada agensi teras lain untuk membantu.
“Penyeludup akan buat bermacam cara untuk kaburi mata kita, antaranya barang yang baik diletakkan dekat depan kontena, barang terlarang di belakang. Jadi kita AKPS yang kena punggah untuk periksa.
“Selain itu sindiket ini juga licik membuat pembiasan kepada pengimbas X-ray di pusat pemeriksaan, mereka pasang jubin seramik di permukaan dalam kontena. Di sini kepakaran dan keikhlasan pegawai itu ditagih,” katanya.

alt

Artikel lain: Bekas komando GGK akan diserap ke AKPS, bantu kawal sempadan negara -Adly Zahari

Beliau turut tidak menolak kemungkinan sindiket jenayah terancang menyeludup e-waste melalui pelabuhan lain di seluruh negara bagi mengelak sekatan pihak berkuasa.

“Penyeludupan sisa eletronik ke Malaysia bermula apabila negara China menghentikan pengimportan bahan tersebut.
“E-waste dilupuskan dengan mencari tempat yang paling murah, ada pihak di Malaysia mahu memanfaatkan peluang ini,” ujarnya.

alt

: Astro Awani (Asyraf Malik)

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts