Pengguna Kini Boleh Akses Ciri ‘Search Live’ Di Aplikasi Google

by Oh! Semput


6
SHARES
74
VIEWS
Posted on 27 Mar 2026 04:00:29

Google kini memperluaskan akses ciri Search Live secara global, merangkumi semua bahasa dan lokasi yang menyokong AI Mode.

Pada asasnya, ia berfungsi sebagai pembantu carian berasaskan AI. Ciri ini dikuasakan oleh model baharu, Gemini 3.1 Flash Live, yang menawarkan perbualan lebih semula jadi, menyokong pelbagai bahasa serta peningkatan dari segi kelajuan respons.

Melalui Search Live, pengguna boleh bertanya secara lisan sambil menghalakan kamera ke sesuatu objek. Contohnya, untuk mengetahui cara memasang rak, pengguna hanya perlu menunjukkan objek tersebut dan Search Live akan memberikan jawapan dalam bentuk audio berserta pautan rujukan di web.

Untuk menggunakannya, buka aplikasi Google di Android atau iOS dan klik ikon “Live” di bawah bar carian. Pengguna kemudian boleh terus bertanya, menerima jawapan audio, serta meneruskan perbualan dengan soalan susulan atau meneroka pautan yang dicadangkan.

Search Live juga boleh diakses melalui Google Lens. Hanya klik pilihan “Live” di bahagian bawah skrin untuk memulakan perbualan masa nyata berdasarkan apa yang dilihat di dunia sebenar.

{suggest}

Pengguna Kini Boleh Akses Ciri ‘Search Live’ Di Aplikasi Google WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts