Pengguna Kini Boleh Akses Portal Kamus DBP

by Oh! Semput


3
SHARES
43
VIEWS
Posted on 13 Apr 2026 04:00:19

Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia (DBP) kini melancarkan portal Kamus DBP yang boleh diakses bermula 10 April 2026.

Menurut DBP, Portal Kamus DBP dibangunkan sebagai platform rujukan kamus yang bersumberkan data dan maklumat daripada Kamus Dewan Perdana (2020). Ia berbeza dengan Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) yang berfungsi sebagai pusat sehenti rujukan dan perkhidmatan bahasa, merangkumi pelbagai kamus, istilah, korpus serta khidmat nasihat bahasa.

Portal baharu ini menghimpunkan lebih 120,000 entri dan subentri yang merangkumi kata umum, istilah, dialek serta kata daripada bahasa serumpun. Setiap entri turut disertakan dengan maklumat tambahan seperti sebutan, ejaan Jawi, kelas kata dan asal usul perkataan, sekali gus menjadi penanda aras perkembangan kosa kata bahasa Melayu.

Dari segi fungsi, pengguna boleh melihat ciri seperti Kata Hari Ini dan Carian Tertinggi. Namun begitu, untuk mengakses paparan penuh sesuatu entri, pengguna perlu log masuk terlebih dahulu. Malah, terdapat juga beberapa kata tertentu yang memerlukan log masuk sebelum hasil carian dipaparkan – contohnya perkataan “viral”.

Buat masa ini, penggunaan Portal Kamus DBP ditawarkan secara percuma. Walau bagaimanapun, DBP memaklumkan bahawa sistem langganan akan diperkenalkan pada masa akan datang.

{suggest}

Pengguna Kini Boleh Akses Portal Kamus DBP WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts