Pengguna Aktif Mingguan ChatGPT Kini Cecah 900 Juta

by Oh! Semput


4
SHARES
53
VIEWS
Posted on 02 Mar 2026 00:30:22

OpenAI mengesahkan ChatGPT kini mempunyai lebih 900 juta pengguna aktif mingguan, hampir mencapai 1 bilion. Angka pengguna aktif mingguan ini menunjukkan peningkatan 100 juta sejak laporan terakhir pada Disember 2025.

Pada masa sama, syarikat turut berkongsi platform ini kini mempunyai 50 juta pengguna berbayar. Menurut OpenAI, jumlah pelanggan berbayar menunjukkan peningkatan ketara sejak awal tahun ini, dengan Januari dan Februari dijangka menjadi bulan tertinggi dari segi penambahan pelanggan baharu dalam sejarah syarikat.

ChatGPT digunakan untuk pelbagai tujuan, termasuk belajar, menulis, merancang dan menghasilkan idea. OpenAI menjelaskan bahawa apabila penggunaan meningkat, pengalaman pengguna turut bertambah baik, dengan respons lebih pantas, prestasi lebih stabil dan keselamatan lebih kukuh.

Perkongsian angka baharu ini hadir bersama pengumuman bahawa syarikat itu telah berjaya mengumpul pusingan pembiayaan bernilai $110 bilion daripada pelabur seperti Amazon ($50 bilion), NVIDIA ($30 bilion) dan SoftBank ($30 bilion), menjadikannya salah satu pusingan pembiayaan swasta terbesar dalam sejarah.

{suggest}

Pengguna Aktif Mingguan ChatGPT Kini Cecah 900 Juta WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts