Pengerusi MIC Pahang Nafi Bertemu Dengan Pemimpin PAS Bentong, Kekal Komited Selaku ADUN Mewakili Barisan Nasional (BN)

by Oh! Semput


5
SHARES
65
VIEWS
Posted on 19 Mar 2026 06:31:59

KUANTAN: Pengerusi MIC Pahang, V.Arumugam hari ini menafikan dakwaan bahawa PAS Bentong telah bertemu dengan beliau berkenaan keputusan MIC diterima menyertai Perikatan Nasional (PN).

Beliau yang juga dikenali sebagai Cikgu Aru mendakwa laporan yang disiarkan dalam portal Malaysia Gazette semalam ternyata mengejutkan, bersifat mengelirukan dan tidak benar sama sekali.

Terdahulu Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Rosli Abd Jabar pada satu kenyataan mendakwa telah berhubung dengan beliau dan ia petunjuk baik memandangkan PN Pahang berpotensi memperoleh satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) secara percuma.

Perkara ini disangkal oleh Cikgu Aru dan mendakwa kali terakhir beliau bertemu dengan mana-mana Pemimpin PAS adalah ketika Sidang DUN Pahang yang berakhir pada 12 Disember tahun lalu.

"Lebih mendukacitakan, ianya diterbitkan di hari-hari terakhir Ramadhan, bulan dan hari-hari yang begitu istimewa di kalangan umat Islam," kata kenyataannya. 

Menurut ADUN Sabai itu lagi sehingga ke hari ini beliau kekal komited selaku Ahli Dewan Negeri yang mewakili Barisan Nasional (BN) di Pahang.

"Politik khidmat, bakti dan budi yang diamalkan di Pahang akan terus menjadi pegangan saya berbanding politik adu domba dan kebencian," tambahnya. #PahangDaily

http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts