Pengecas 120W Dengan Skrin 1.57 Inci Ini Dioptimumkan Untuk Keseluruhan Ekosistem Xiaomi

by Oh! Semput


5
SHARES
64
VIEWS
Posted on 20 Apr 2026 07:30:22

CUKTECH melancarkan 10 Ultra Charger yang lebih pantas dan berkuasa yang direka untuk memenuhi keperluan pengguna moden dengan teknologi pengecasan ultra pantas, kapasiti tinggi, dan sokongan pelbagai peranti.

Baru sahaja dilancarkan secara rasmi untuk pasaran Filipina, CUKTECH 10 Ultra dilengkapi ciri skrin 1.57 inci berwarna, keselamatan pintar dan kawalan suhu.

CUKTECH menyatakan bahawa 10 Ultra menyokong sehingga 120W Max HyperCharge yang dioptimumkan untuk keseluruhan ekosistem Xiaomi.

Selain itu, ia juga serasi sepenuhnya dengan peranti lain seperti iPhone 17 Pro Max, Samsung S26 Ultra atau komputer riba berprestasi tinggi seperti MacBook Pro 16.

10 Ultra menggunakan Pengecasan Adaptif ADC 2.0 untuk memadankan arus optimum secara bijak untuk setiap peranti.

Walaupun dilancarkan untuk pasaran Filipina lebih dulu pada harga ₱2,999 (~RM255.00), tapi anda masih boleh mendapatkan barisan produk CUKTECH yang lain dari stor rasmi mereka di Malaysia secara atas talian seperti CUKTECH 30 Charging Station 300W di:

{suggest}

Pengecas 120W Dengan Skrin 1.57 Inci Ini Dioptimumkan Untuk Keseluruhan Ekosistem Xiaomi WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts