Dua Penduduk Singapura Dari Kapal MV Hondius Diasingkan Untuk Saringan Hantavirus

by Oh! Semput


4
SHARES
55
VIEWS
Posted on 08 May 2026 03:02:50

Dua penduduk Singapura yang berada di atas kapal persiaran MV Hondius kini diasingkan di Pusat Kebangsaan bagi Penyakit Berjangkit (NCID) bagi menjalani ujian saringan hantavirus.

Bagaimanapun, keputusan ujian bagi kedua-dua individu berkenaan masih belum diperoleh.

Advertisement

sjavhjashv

Menurut laporan CNA, salah seorang daripada mereka mengalami simptom selesema tetapi berada dalam keadaan baik, manakala seorang lagi tidak menunjukkan sebarang gejala atau asimptomatik.

“Risiko kepada orang awam di Singapura buat masa ini adalah rendah,” lapor Agensi Penyakit Berjangkit (CDA), hari ini.

CDA memaklumkan pihaknya dimaklumkan pada 4 dan 5 Mei lalu bahawa dua individu tersebut berada di atas kapal MV Hondius ketika ia berlayar dari pelabuhan Ushuaia, Argentina pada 1 April 2026.

Kapal berkenaan kemudian melaporkan penularan wabak hantavirus Andes.

Individu pertama merupakan warga Singapura berusia 67 tahun yang tiba di Singapura pada 2 Mei lalu. Individu kedua pula ialah penduduk tetap Singapura berusia 65 tahun yang tiba di negara itu semalam.

Wabak Hantavirus : 3 Maut, WHO Pantau Penularan Kes Di Sebuah Kapal Persiaran Mewah

Kedua-dua lelaki tersebut difahamkan turun daripada kapal berkenaan dan berada dalam penerbangan sama dengan seorang pesakit hantavirus yang disahkan, bagi laluan dari St Helena ke Johannesburg pada 25 April lalu.

CDA turut memaklumkan bahawa kes yang disahkan itu tidak melancong ke Singapura dan telah meninggal dunia di Afrika Selatan.

Setakat semalam, lapan kes termasuk tiga kematian telah dikaitkan dengan kluster kapal persiaran tersebut.

Daripada jumlah itu, tiga kes disahkan hantavirus manakala selebihnya masih disiasat. CDA turut memaklumkan WHO menilai risiko global sebagai rendah. Jika dua penduduk Singapura itu negatif, mereka tetap perlu dikuarantin 30 hari kerana gejala hantavirus boleh muncul dalam tempoh tersebut.

Jika keputusan ujian positif, mereka akan terus dimasukkan ke hospital untuk pemantauan dan rawatan lanjut, memandangkan jangkitan hantavirus berpotensi menjadi sangat serius. – AGENSI

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Hantavirus
2026-05-05 10:41:47

Wabak Hantavirus : 3 Maut, WHO Pantau Penularan Kes Di Sebuah Kapal Persiaran Mewah

Dua Penduduk Singapura Dari Kapal MV Hondius Diasingkan Untuk Saringan Hantavirus first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts