by Oh! Semput
Seorang penduduk Gaza mendapat perhatian ramai selepas lelaki itu menyampai mesej dan penghargaan kepada peserta misi bantuan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 menerusi sebuah video yang dikongsikannya.
Menerusi Instagram, Mohanad Abo Qamar juga memohon maaf kepada semua peserta GSF 2.0 kerana mereka terpaksa melalui rintangan dan berdepan serangan serta penahanan baru-baru ini.
Maafkan kami pahlawan Global Sumud Flotilla atas apa yang telah terjadi berhubung insiden serangan sehingga ditahan serta hinaan yang menimpa kalian daripada zionis.

Tambahnya, meskipun misi tersebut belum berjaya sampai ke Gaza namun peserta GSF telah berjaya menawan hati seluruh rakyat di sana.
Maafkan kami. Aku bersumpah, jika Gaza dalam kekuatannya, kami tidak akan meninggalkan kalian.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Penduduk G Mohon Maaf Pada Peserta GSF 2.0 – “Belum Sampai, Tapi Kalian Dah Dapat Hati Semua Rakyat Di Sini” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.