Pendirian UMNO! Ambil serius pandangan JAWI, kegusaran rakyat wajar dihormati -Zahid

by Oh! Semput


6
SHARES
75
VIEWS
Posted on 01 May 2026 20:34:34

Pengerusi UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan setiap penganjuran program perlu berlandaskan prinsip yang jelas tanpa mengabaikan nilai, adab serta sensitiviti agama dan norma masyarakat tempatan.

Ambil serius pandangan JAWI & Mufti

Menerusi kenyataan yang dikongsikan di media sosial, beliau menyatakan pihak UMNO mengambil serius pandangan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan yang disifatkan mencerminkan kegusaran rakyat Malaysia.

“Kami mengambil serius pandangan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan. Pandangan ini wajar dihormati kerana ia mencerminkan kegusaran sebahagian besar rakyat Malaysia,” katanya.

Menurut beliau, UMNO telah meminta agar mana-mana program berkaitan diteliti semula dari segi konsep, kandungan dan pelaksanaan supaya selari dengan nilai budaya, agama serta identiti negara.

“Prinsip kita jelas: berhibur tidak salah, tetapi mesti ada batas. Kemajuan boleh diteruskan, tetapi nilai tidak boleh tergugat.
“Penganjur wajar berbincang dengan pihak berkuasa agar keharmonian masyarakat terus terpelihara,” tegasnya.

Garis panduan program perlu diperkemas

Dalam masa sama, beliau menegaskan bahawa garis panduan penganjuran perlu diperkemas dan diperketat bagi memastikan setiap program tidak bercanggah dengan sensitiviti masyarakat.

Sebab itu, kami telah meminta supaya program seumpama ini diteliti semula dari segi konsep, kandungan dan pelaksanaannya. Garis panduan juga perlu diperkemas dan diperketatkan supaya setiap penganjuran selari dengan nilai budaya, agama dan identiti negara,” ujarnya.

alt

Sebelum ini, pihak Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr Zulkifli Hasan menyeru umat Islam untuk menghindari sebarang aktiviti berunsur maksiat dan kembali giat melakukan ibadat.

Dalam pada itu, beliau berpesan supaya umat Islam diharap dapat menjauhkan sebarang aktiviti hiburan melalaikan seperti apa yang sedang tular diperkatakan di media sosial ketika ini.

: Facebook Zahid Hamidi

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts