by Oh! Semput
Pendakwah terkenal, PU Rahmat menegaskan agar rakan-rakan pendakwahnya bersikap adil dengan tidak mempertahankan Syed Iqmal setelah dijatuhi dua kali hukuman mahkamah atas jenayah seksual.

Menerusi perkongsian di Threads, pemilik nama Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan menasihatkan agar memandang serius keputusan mahkamah terutama melibatkan kesalahan berat seperti merogol yang dianggap sebagai satu tindakan tidak wajar.
Dalam pada itu, dia juga meminta kepada sesiapa yang pernah menjadi mangsa untuk berani menuntut keadilan dan percaya kebenaran pasti berpihak kepada mereka yang benar.

Artikel lain: Guna produk boikot, PU Rahmat minta netizen kecam – “Kita desak dia pakai public phone..”
Terdahulu, PU Rahmat turut memuat naik hantaran yang menegaskan tidak semua ustaz atau pendakwah terlibat dalam jenayah seksual.
Namun, hantaran tersebut telah dipadam kerana bimbang menyinggung perasaan pendakwah lain.
Beliau mengibaratkan situasi ini umpama masalah rasuah dalam institusi ketenteraan, di mana hanya segelintir yang bersalah tetapi seluruh organisasi turut terasa apabila dikritik secara umum.
: Threads rahmat.sumud.nusantara