BYD Penaja Rasmi Jersi Latihan Manchester City

by Oh! Semput


4
SHARES
49
VIEWS
Posted on 12 Feb 2026 07:30:23

Manchester City mengumumkan BYD Group sebagai Rakan Automotif Rasmi untuk pasukan lelaki dan wanita.

Kerjasama ini menekankan nilai bersama iaitu teknologi, inovasi dan kelestarian.

Sebagai sebahagian daripada perjanjian, BYD akan membekalkan kenderaan BYD dan DENZA kepada kelab itu, selain menyediakan bateri pengecasan dan penyimpanan tenaga di City Football Academy.

Logo BYD juga akan dipaparkan pada jersi latihan pasukan lelaki serta pasukan wanita bermula musim depan.

Di Etihad Stadium, jenama BYD akan kelihatan melalui papan LED dan pada tempat duduk jurulatih.

Menariknya, sebuah kereta BYD akan digunakan bagi mengetuai bas pasukan lelaki setiap kali ke stadium bagi setiap perlawanan di laman sendiri.

Manchester City juga memaklumkan, BYD turut akan menyokong inisiatif komuniti global melalui City Football Foundation.

Kerjasama baharu ini merupakan langkah terbaharu dalam strategi BYD untuk mewujudkan kehadiran dalam bola sepak antarabangsa bagi meningkatkan kesedaran tentang jenama, kereta dan produk teknologinya yang lain.

Syarikat itu sebelum ini merupakan penaja rasmi UEFA EURO 2024 dan Kejohanan Bawah 21 Tahun Eropah UEFA 2025.

{suggest}

BYD Penaja Rasmi Jersi Latihan Manchester City WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts