Pemuda PAS Pahang Yakin PN Mempunyai Peluang Yang Cerah Untuk Membentuk Kerajaan Negeri Pada Pilihan Umum Ke-16 Nanti

by Oh! Semput


6
SHARES
76
VIEWS
Posted on 20 May 2026 20:02:07

ROMPIN: Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang yakin Perikatan Nasional (PN) mempunyai peluang cerah untuk membentuk kerajaan negeri pada Pilihan Umum ke-16 (PRU16).

Ketua Penerangannya, Ahmad Azlan Abu Bakar berkata, ini berdasarkan perkembangan politik semasa serta peningkatan sokongan rakyat terhadap gabungan itu sejak PRU15 lalu.

Menurutnya, kemenangan PAS-PN sebanyak 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRU15 menjadi bukti nyata bahawa rakyat Pahang semakin menerima PN sebagai alternatif untuk menerajui negeri ini.

Katanya, pencapaian itu bukan sekadar angka, bahkan menjadi asas penting kepada gerak kerja yang sedang diperkukuhkan bagi menghadapi PRU16.

“PAS-PN menang 17 kerusi pada PRU15 adalah bukti jelas penerimaan masyarakat terhadap PN untuk memerintah Pahang.

“Kita yakin PAS-PN mampu membentuk kerajaan negeri pada PRU16 berdasarkan gerak kerja yang tersusun dan semangat jentera yang semakin kuat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Pemuda PAS Kawasan Rompin di Pejabat PASTI kawasan di sini, kelmarin.

Tambah beliau, sasaran 26 kerusi yang diumumkan baru-baru ini oleh PN negeri dilihat realistik dengan mengambil kira perubahan landskap politik semasa terutama di kawasan Pahang Barat kerana rakyat semakin menolak Barisan Nasional (BN).

Katanya, perubahan sentimen rakyat itu memberi keyakinan bahawa PN berada di landasan tepat untuk mencipta kemenangan lebih besar pada pilihan raya akan datang.

Dalam pada itu, beliau turut menyifatkan DUN Muadzam Shah sebagai antara kerusi strategik yang berpotensi untuk dimenangi PN selepas BN hanya memperoleh majoriti kecil pada PRU15 lalu.

“Muadzam Shah menjadi salah satu sasaran penting memandangkan majoriti kecil BN pada PRU15.

“Dengan gerak kerja berterusan dan sokongan rakyat yang semakin berkembang, tidak mustahil kerusi ini dapat dirampas pada PRU16 nanti,” ujarnya.

Justeru, Ahmad Azlan menyeru seluruh jentera Pemuda supaya terus memperkukuhkan kesatuan dan memperhebat usaha mendekati rakyat bagi memastikan Misi Teraju Pahang dapat direalisasikan dengan jayanya. #Harakahdaily

http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts