Pemergian Tiga Pekerja Pelantar Minyak Di Platform Sepat, Perairan Terengganu-Kelantan Merupakan Kehilangan Besar Kepada Industri

by Oh! Semput


6
SHARES
77
VIEWS
Posted on 25 May 2026 16:31:58

KUANTAN: Tiga pekerja pelantar minyak yang terkorban ketika menjalankan kerja penyelenggaraan di Platform Sepat, di perairan Terengganu-Kelantan merupakan kehilangan besar kepada rakan sekerja serta industri yang mereka ceburi.

Mereka yang terkorban ialah Allahyarham Ahmad Fiqri Zakaria, Allahyarham Muhammad Faezuan Hakim Mohammad Bustaman dan Allahyarham Nik Muhammad Hafifi Asri Ab Majid.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, insiden berkenaan turut memberi kesan mendalam kepada ahli keluarga mangsa.

"Saya mendoakan agar roh ketiga-tiga Allahyarham dicucuri rahmat ALLAH SWT, diampunkan segala dosa serta ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh.

"Kepada seluruh ahli keluarga mangsa, semoga diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian yang amat berat ini," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Terdahulu, Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mengesahkan insiden melibatkan tiga pekerja kontraktornya maut manakala seorang lagi cedera parah semasa kerja penyelenggaraan bot penyelamat di platform Sepat di perairan Terengganu-Kelantan semalam.

Dalam kenyataan pada Isnin, Petronas memaklumkan siasatan berhubung punca insiden sedang dijalankan dengan kerjasama pihak berkuasa yang berkaitan. #SinarHarian

http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts