63% Pelanggan Proton Beralih Dari ICE Ke e.MAS 7 PHEV

by Oh! Semput


4
SHARES
52
VIEWS
Posted on 04 May 2026 11:00:21

Kenaikan kos bahan api dan pengurangan kuota subsidi BUDI95 mendorong rakyat Malaysia beralih kepada mobiliti elektrik yang lebih menjimatkan.

Proton yang telah pun melancarkan model e.MAS 7 PHEV berkata, 63% pelanggan e.MAS 7 PHEV mereka sebelumnya menggunakan kenderaaan enjin pembakaran (ICE).

“Ini menunjukkan peralihan yang jelas ke arah mobiliti elektrik, apabila rakyat Malaysia semakin melihat e.MAS 7 PHEV sebagai kenderaan utama yang lebih bersedia untuk masa hadapan, dan bukan lagi sekadar pilihan kedua.” Proton.

Proton memaklumkan,  e.MAS 7 PHEV yang telah dilancarkan  pada Februari 2026, telah mencatat lebih 6,500 tempahan dalam tempoh dua bulan.

Berdasarkan data, 75% pembeli e.MAS 7 PHEV terdiri daripada lelaki berkeluarga, dengan majoriti berusia 36
tahun ke atas, dan menggunakannya untuk perjalanan harian ke tempat kerja serta perjalanan hujung minggu.

Penggunaan bahan api e.MAS 7 PHEV serendah 4.3L/100km walaupun bateri kosong.

Hadir dengan rekaan premium serta padat dengan pelbagai ciri canggih seperti HUD, kamera 360° dan tempat duduk berpengudaraan, Proton e.MAS 7 PHEV ditawar pada harga serendah RM105,800.

{suggest}

63% Pelanggan Proton Beralih Dari ICE Ke e.MAS 7 PHEV WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts