by Oh! Semput
Baru-baru ini, tular di media sosial sebuah video yang mendakwa ayam dibeli dari outlet D’Apple Fried Chicken Airport Kota Bharu mengandungi ulat.
Menerusi video tersebut, kelihatan objek berwarna putih pada ayam berkenaan selain dakwaan bahawa produk makanan itu berada dalam keadaan berlendir.
Susulan isu yang tular itu, pihak pengurusan D’Apple Fried Chicken tampil memberi penjelasan menerusi kenyataan rasmi di Facebook D’Apple Fried Chicken – HQ.
Menurut pihak DAFC, mereka telah menjalankan semakan serta siasatan dalaman secara menyeluruh berhubung dakwaan tersebut.

Hasil semakan mendapati objek yang didakwa sebagai ulat itu mempunyai ciri yang konsisten dengan biji bijan.
Jelas DAFC, biji bijan sememangnya digunakan sebagai sebahagian daripada ramuan bagi menu Korean Wings yang dijual di premis mereka.
Dalam kenyataan sama, pihak DAFC turut menjelaskan dakwaan mengenai keadaan ayam yang dikatakan berlendir.
Menurut DAFC, keadaan yang didakwa sebagai ‘berlendir’ itu sebenarnya merupakan lapisan sos Korean yang digunakan pada menu berkenaan.
Sos Korean tersebut dijelaskan mempunyai tekstur pekat dan melekat, selari dengan ciri produk berkenaan.


DAFC turut memaklumkan bahawa setakat siasatan dijalankan, pihak mereka tidak menemui sebarang bukti yang mengesahkan dakwaan bahawa produk tersebut mengandungi ulat seperti yang ditularkan.
Dalam pada itu, pihak DAFC berkata outlet DAFC Airport Kota Bharu beroperasi mengikut prosedur operasi standard atau SOP yang ketat serta kawalan keselamatan makanan yang tinggi.
Menurut DAFC, proses penyimpanan bahan mentah, penyediaan makanan, pengendalian produk dan kebersihan premis sentiasa dipantau bagi memastikan standard kualiti serta keselamatan makanan berada pada tahap terbaik.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Pelanggan Dakwa Ayam Ada Telur Ulat, D’Apple Fried Chicken Tampil Jelaskan ‘Objek Asing’ Itu Sebenarnya… first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.