Jeti Pelancongan Semporna Runtuh

by Oh! Semput


6
SHARES
75
VIEWS
Posted on 01 Dec 2016 10:00:36


Bangunan kerajaan di Jeti Pelancongan Semporna runtuh

Semporna: Sebuah bangunan kerajaan di Jeti Pelancongan Semporna yang baru dibina, runtuh dan tenggelam dalam laut dipercayai akibat angin kencang semalam.

Dalam kejadian kira-kira 11 malam itu, difahamkan bangunan yang baru dibina menempatkan pejabat beberapa agensi kerajaan, termasuk Pejabat Jabatan Pelabuhan dan Dermaga yang bertugas di jeti berkenaan.

Pegawai Daerah Semporna Dr Cacho Bullah yang dihubungi hari ini, berkata kejadian disebabkan angin kencang kira-kira jam 11 malam.

Difahamkan tiada kecederaan atau kemalangan jiwa kerana ketika kejadian lewat malam itu, bangunan berkenaan kosong.

Sementara itu, Presiden Persatuan Bot Pelancongan Tempatan Semporna Kerinu Jalani berkata, dia mengetahui kejadian itu selepas menerima panggilan daripada penduduk berhampiran jeti.

“Saya ke tempat kejadian kira-kira jam 6.30 pagi tadi dan terkejut melihat sebuah bangunan di jeti hampir tenggelam.

“Saya kemudian meminta jeti ini ditutup sepenuhnya,” katanya.


SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts