Pelajar Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) Pijak Al-Quran Berdepan Dengan Dua Pertuduhan, Akan Didakwa Esok

by Oh! Semput


7
SHARES
88
VIEWS
Posted on 02 Mar 2026 13:32:00

KUALA LUMPUR: Pelajar Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)  yang mencetuskan kemarahan di media sosial kerana menghina agama Islam dengan didakwa memijak al-Quran akan didakwa di mahkamah esok.

Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam kenyataan memaklumkan, pelajar berkenaan berdepan dua pertuduhan.

“Hasil penelitian menyeluruh terhadap kertas siasatan tersebut mendapati bahawa terdapat keterangan yang mencukupi untuk pertuduhan dikenakan terhadap Orang Yang Disyaki (OYDS).

“Jabatan ini telah memutuskan untuk mendakwa OYDS di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan (Akta 574) kerana mencemarkan objek yang dianggap suci, iaitu Al-Quran, dengan memijaknya, yang mana perbuatan tersebut dilakukan dengan pengetahuan bahawa ia merupakan suatu penghinaan terhadap agama Islam,” katanya.

Selain itu, AGC turut memutuskan untuk mendakwa pelajar terbabit di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) kerana membuat dan memulakan suatu hantaran komunikasi yang bersifat jelik melampau dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain melalui aplikasi Threads.

Jelas AGC, Seksyen 295 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara hingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali manakala sekyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 memperuntukkan denda tidak melebihi RM500,000 atau dipenjarakan bagi tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali. #BuletinTV3

http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts