Pelajar Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) Didakwa Pijak Al-Quran Mengaku Tak Bersalah Di Mahkamah

by Oh! Semput


5
SHARES
60
VIEWS
Posted on 03 Mar 2026 06:31:59

KUANTAN: Penuntut sebuah universiti di sini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencemar al-Quran dan membuat hantaran komunikasi jelik melampau.

Terdahulu, tertuduh tiba di Kompleks Mahkamah Kuantan, di sini, hari ini kira-kira jam 9 pagi di bawah kawalan keselamatan ketat.

Terdahulu, lelaki berusia 21 tahun itu tiba di perkarangan mahkamah kira-kira jam 9 pagi di bawah kawalan keselamatan ketat.

Memakai baju dan seluar berwarna merah, tertuduh yang tempoh remannya berakhir hari ini diiringi beberapa pegawai polis ke Mahkamah Sesyen di tingkat satu.

Kehadirannya turut menarik perhatian orang ramai di kompleks mahkamah berkenaan.

Tindakan tertuduh yang tular di platform media sosial Threads, akan didakwa atas kesalahan menghina Islam dengan memijak al-Quran serta penggunaan tidak wajar kemudahan internet.

Tertuduh yang juga penuntut Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) ditahan pada 25 Februari lalu. #BeritaHarian

http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts