“Tak Payah Bawa Cadar? Bilik Bau Lelaki” – Fify Azmi Maklum Dicurangi, Dedah Perbualan Antara Sarah Yasmine Dengan Teman Lelaki

by Oh! Semput


4
SHARES
46
VIEWS
Posted on 04 Jun 2026 03:02:38

Pelakon Fify Azmi mencuri perhatian ramai selepas mendedahkan beberapa tangkap layar di Threads yang dipercayai berkaitan kisah peribadinya.

Dalam perkongsian itu, nama pempengaruh media sosial, Sarah Yasmine turut terpalit apabila netizen mendakwa individu berkenaan dipercayai mempunyai kaitan dengan isu yang dibangkitkan.

Advertisement

Fify atau nama sebenarnya Nur Afiqah Mohamed Azmi, 36, menjelaskan bahawa dia tidak pernah terfikir untuk berkongsi perkara sedemikian kepada umum.

fify azmi

Bagaimanapun, pelakon itu berkata perkongsian tersebut dibuat sebagai pengajaran buat wanita lain agar lebih mempercayai naluri sendiri apabila berdepan situasi yang meragukan.

“Tak pernah terfikir saya perlu berkongsi perkara seperti ini. Tapi kalau kisah ini mampu membuatkan seorang wanita lebih percaya pada nalurinya sendiri, maka ianya berbaloi untuk dikongsikan.”

Menurut Fify, pengkhianatan kadang-kadang boleh datang daripada individu yang rapat, bukan semestinya orang asing.

Malah, katanya, seseorang itu tidak boleh dianggap setia hanya kerana mereka kelihatan baik, sopan atau mempunyai imej beragama.

“Kadang-kadang, pengkhianatan bukan datang daripada orang asing. Dan kesetiaan bukan sesuatu yang boleh kita anggap pasti hanya kerana seseorang itu nampak baik, sopan atau kelihatan beragama.”

Dalam hantaran sama, Fify turut memaklumkan bahawa dia kini sudah meneruskan kehidupan dan tidak lagi terikat dengan kisah lama tersebut.

sarah yasmine

Katanya lagi, pengalaman itu mengajarnya bahawa ketenangan diri jauh lebih penting berbanding memaksa kesetiaan daripada individu yang tidak tepat.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa Fify pernah dicurangi bekas kekasihnya.

Dalam masa sama, nama Sarah Yasmine turut menjadi perhatian ramai selepas netizen mendakwa gambar profil yang terpapar dalam tangkap layar tersebut menyerupai dirinya.

Setakat ini, perkongsian Fify masih menjadi perbualan hangat di media sosial, dengan ramai wanita turut berkongsi pandangan mengenai pentingnya mempercayai gerak hati sendiri dalam sesebuah hubungan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Yusry sedih dengar kata-kata Lisa
2026-05-29 14:08:58

Kata-Kata Lisa Surihani Dari Mekah Buat Yusry Menitis Air Mata - "Walaupun Kita Berjauhan..."

“Tak Payah Bawa Cadar? Bilik Bau Lelaki” – Fify Azmi Maklum Dicurangi, Dedah Perbualan Antara Sarah Yasmine Dengan Teman Lelaki first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts